Popular Posts

Friday, August 27, 2010

ingat seacrh ,, ingat semi,,,

- 0 comments
salam satu malam rakan2 bloggers semua... 
cewah mcm laa ramai sngt org duk baca apa yg aku tulis,, hahahaha,, 
mlm neh tetiba aku tringat kat kumpulan rock paling fofuler masa aku zaman budak2 sapalagi kalo bukan search <feeeewwwwiiiiTTttt>,,, 
bila ingat seach atau dengar lagu2 searcrh ne plak,, mesti laa teringat plak kat sahabat baik aku semi <mmg nama sebenar> hambik ko mie,,, sampai kat sini nama ko aku petik.. hahaha.. semi sahabat aku neh mmg fanatik giler dengan kumpulan rock search ne... sebut jer lagu apa... album apa,, kalo pasal search neh,, semua dia tahu.... terer kan dia... mana tak terernya,,, tetiap pagi dia mengamalkan makan telor ayam kampung dua bijik dengan madu lebah,, korang kalo nak terer mcm dia,, cuba  laa amalkan apa yg dia buat tu yer,, hahhahhaa,,,
kalo sesapa tak kenal atau tak rajin dengar lagu2 dari album search neh,, mmg laa korang semua tergolong dari golongan2 org yg tader jiwa rock... yeah,,yeahhhhh,, hahhhaaa,,, 
aku pun nak share ngan korang antara album search yang aku suka dengar,,,,:- Peeeewwiiittt.....

Karisma
(1990)




ALBUM KUMPULAN Search

PENYANYI Amy
GITAR Kid & Noordin
BASS Nasir (Aceh)
DRAM Yazid

PENERBIT M. Nasir
PENERBIT EKSEKUTIF Aziz Bakar
SUSUNAN MUZIK M. Nasir & Search

STUDIO Synchro Sound Studio & King's Studio
JURURAKAM & JURUADUN Akira Yamauchi & Roslan Aziz*
PEMBANTU RAKAMAN BT Tay & Diadacus Hon (Synchro Sound Studio); Ron Chong & Wayne (King's Studio)
JURUTERA MASTERING Richard James Stewart

KONSEP KULIT ALBUM J. Nagoya
REKABENTUK KULIT ALBUM Home Studio
FOTOGRAFI KULIT ALBUM Simon Chin

TERBITAN & EDARAN BMG Pacific Sdn Bhd


Judul Pencipta / Penulis Masa
Melastik Ke Bintang  Search / Loloq 4.23
Melayar Bahtera M. Nasir / Sani Sudin 5.13
Orang Timur  M. Nasir / Usop 3.40
Dunia Milik Kita M. Nasir 6.17
Emanuelle Search / M. Nasir 5.04
Memandu Nafsu Hattan / Bob 4.07
Teguh  M. Nasir / Bob 4.57
Manusia Reptilia Aceh / S. Amin Shahab 6.50
Paranoid M. Nasir 5.35
Orait Mama M. Nasir / Bob 5.24
Sutera Atau Rayon  Aceh / S. Amin Shahab 5.50
P/S: menurut kawan aku plak,,,, tidak lama setelah album ini diterbitkan, Nasir telah keluar daripada kumpulan Search untuk menubuhkan syarikat penerbitan sendiri iaitu Dangooroos Sdn Bhd yang akhirnya menerbitkan album kumpulan Scream (1993). Nasir menyertai semula Search pada 1995....
kalo korang rasa nak dengar lagu2 dari album karisma bole laa mencuba secukup rasa untuk mendownloadnya,,,,, sharring is carring kan,,kan,,,


download full album  : SEARCH KARISMA

-adios-
 

[Continue reading...]

Thursday, August 26, 2010

hero malaya komando vat 69 di geruni komunis

- 3 comments
SALLEHUDDIN (berdiri kiri) bersama pasukannya selepas melaksanakan satu operasi di Sarawak.

Peristiwa 'bos' ASP Mohd Zabri terkorban akibat terpijak jerangkap samar masih dalam ingatan


TAHUN ini genap 40 tahun penubuhan pasukan elit Pasukan Polis Hutan (PPH) 69 atau VAT 69. Kisah perjuangan, suka duka, perit maung skuad kebanggaan nusa bangsa sering menjadi ingatan dan sama sekali tidak dilupakan.


Terlalu banyak kenangan yang tidak boleh dibiarkan kerana satu ketika dulu nama VAT 69 yang ditubuhkan pada 23 Oktober 1969 cukup ditakuti komunis.


[Continue reading...]

Tuesday, August 24, 2010

Bagaimana malam pertama kita,,,,

- 0 comments

Satu hal sebagai bahan renungan untuk Kita Semua...
Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara,
rakan taulan dan sahabat handai

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka.....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anu dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan kain cantik berwarna putih
Kain itu ....jarang orang memakainya..
Ia terkenal dengan nama Kain Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian....

Mempelai diarak di atas tandu membelah kampung dan desa
Di iringi keluarga, tetangga dan rakan taulan,
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Untuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayapan cacing tanah. air yg dingin
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu.....

Hanya Allah swt yg Maha tahu..........
Ya Allah.....Engkau tunjukilah kepada ku jalan yg lurus,
Jalan yg Engkau redhoi.........

Aminn Ya Robbal Aalamin........ 

----adios----
[Continue reading...]

Sunday, August 22, 2010

jum download cerita shin chan,,,

- 2 comments

to all shin chan fans club,, korang bole download cerita tu utk di simpan sebagai koleksi,,, mmg rugi kalo tk download,,

download link : shinchan

selamat menyedut yer,,, adios,,,
[Continue reading...]

Saturday, August 21, 2010

bakat terpendam

- 1 comments


harap2 komposer atau penerbit album di luar sana tolong lah beri peluang kepda gadis tersebut,,, nescaya satu hari nanti,, dia akan jadi penyanyi terhebat seperti celine dion....

-adios-
[Continue reading...]

jum jaga kesihatan badan kita,,,,,

- 0 comments











Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:- 

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan. 

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). jangan lupa kalo pegi kedai order teh o jer,, lagipun save budjet....

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- 

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
,,,, adios ,, selamat beramal,,,,



[Continue reading...]

Monday, August 16, 2010

Asal usul bangsa Melayu

- 3 comments
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
  • Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)
  • Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
  1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
  2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
  3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia,[15] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal dari Yunan.
Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.:
  
Orang Negrito

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

Melayu Proto

Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.

Melayu Deutro 

Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

Teori Nusantara

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
  1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
  2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".
  3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
  4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
 dipetik: Wikipedia
[Continue reading...]

Kenapa Chewing Gum Kena Banned Kat Singapore.....

- 0 comments
Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik
saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore? 
~adios~
[Continue reading...]

Tuesday, August 10, 2010

malam satu ramadan pembuka kata,,,,,

- 2 comments
Assalamualaikum,,,,
panas sungguh malam,,, mungkin aku tk mandi lagi agaknya,,, tpi malam neh bermula laaa satu blog aku,, nie pun suruh parhan yang ajar mcm mana nak buat blog,,, kalu harp ker aku,, pas sari,,sari,, dok jadi kakah,, kata org teganu,,,,
esok bermula laaa kita semua umat islam akan ber puasa,,, jadi  blog aku beranak betul2 mlm 1 ramadan,,, selamat berpuasa semua,,,,
[Continue reading...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . KeyBodRosak - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger