Popular Posts

Sunday, June 30, 2013

The Three Stooges: PKR dan PAS Terus Berebut Kuala Besut, DAP Pula Suruh Boikot

- 0 comments



 3stoog

Oleh Nor Azlina Shaari

Source : http://www.mykmu.net/?p=32380

Melihat tingkah laku Pas, PKR dan DAP selepas pilihan raya ini tidak ubah seperti menonton cerita lawak hitam putih The Three Stooges.

Apabila berlakunya kekosongan kerusi di DUN Kuala Besut selepas kematian penyandangnya, Dr A.Rahman Mokhtar dari BN, Azmin bingkas bangun perjuangkan yang kononnya itu hak PR untuk bertanding dalam PRK. Dalam masa yang sama, Setiausaha Agunf DAP, Lim Guan Eng menyatakan bahawa Pakatan Rakyat sepatutnya memboikot pilihan raya ini (Lihat: http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/57769-guan-eng-suggests-pas-boycott-kuala-besut-by-election)

Azmin yakin PRK nanti akan memberikan kejayaan besar buat PR di Kuala Besut dan dapat membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru. Macam mana beliau hendak membentuk sebuah kerajaan yang baru melalui kemenangan kerusi Kuala Besut masih merupakan tanda tanya besar kepada orang ramai. Hakikatnya kerajaan negeri telah dibentuk, walaupun Pas menang ia tidak boleh membentuk kerajaan kecuali ada ADUN BN yang lain menyokong undi tidak percaya Pakatan.

Ketika DAP kata jangan bertanding, Pas dan PKR mahu terus bertanding. Lucunya, mereka yang mahu bertanding juga saling berbalas hujah siapa yang patt bertanding.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mahu meletakkan calon PKR untuk bertanding. Walhal, calon sebelum ini diwakili oleh parti PAS.

Ketika ini juga, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali membidas kehendak PKR untuk bertanding.

Mustafa menyatakan PKR tidak memahami kedudukan kerusi di Kuala Besut itu sejak PRU13 dan isu untuk meletakkan calon PR di bawah parti PKR tidak seharusnya timbul.

Inikah yang Anwar dakwa mereka bertanding sebagai satu parti sehati sejiwa walaupun logo berlainan ketika menjawab sindiran Tan Sri Anuar Musa mengenai undi popular mereka di Parlimen?

Ketika bertanding semua berebut untuk menjadi calon, bila habis pilihan raya tinggal BN yang memberi khidmat. Mennag atau kalah mereka hilang juga.


[Continue reading...]

Tuesday, June 18, 2013

MALAYSIA KIAN HANCUR..!!!?

- 0 comments


Fitnah dan hasutan berterusan yang disebarkan oleh Red Bean Army menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, kegiatan tentera siber pembangkang itu mesti dikekang demi menjaga kestabilan negara dan keharmonian masyarakat berbilang kaum. Menurut beliau, aktivis Red Bean Army sengaja memainkan sentimen perkauman sempit semata-mata mahu mengapi-apikan kaum Cina bagi memburukkan- burukkan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.

"Kita bimbang perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu boleh mengundang keadaan huru-hara sehingga menghancurkan negara."

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis perlu bertindak tegas terhadap dalang-dalang di sebalik Red Bean Army dengan segera mengheret mereka ke muka pengadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau mengulas mengenai Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang BN, malah sesiapa sahaja yang menyokong parti itu. Pasukan berkenaan yang berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat Komtar, Pulau Pinang akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang bercakap buruk tentang DAP dan pakatan pembangkang.

Red Bean Army juga didakwa memainkan peranan memanipulasi sentimen kaum Cina untuk menolak calon-calon Melayu daripada BN yang bertanding dalam PRU-13 lalu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan Red Bean Army walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun.

Tambah Razali, buat permulaan, kerajaan boleh mewajibkan permohonan lesen untuk pengendali blog bagi memudahkan tindakan diambil sekiranya mereka melanggar undang-undang negara.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim menyifatkan dakwaan Kit Siang kononnya tidak mengetahui tentang Red Bean Army sebagai strategi untuk melarikan diri daripada isu sebenar.

Menurut beliau, reaksi Kit Siang itu tidak menghairankan kerana pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang sering dilanda 'sindrom penafian'.

"Berdasarkan pengalaman saya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dahulu, pakatan pembangkang memanipulasi media sosial sebagai saluran utama bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap BN dalam kalangan rakyat," katanya.

Ruslan turut menggesa pihak berkuasa membuktikan ketegasan dalam menangani ancaman Red Bean Army dan bukan sekadar memberikan amaran sahaja.

Dalam pada itu, Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi memberitahu, rakyat Malaysia yang cintakan keamanan amat berharap pihak berkuasa bertindak segera terhadap Red Bean Army.

"Kita hanya mampu mendesak tetapi pihak berkuasa sahaja yang boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan," jelasnya.

Beliau berpandangan, kegiatan Red Bean Army menyebarkan kenyataan berbaur perkauman menerusi media sosial tidak sepatutnya dibiarkan berpanjangan.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, pihak berkuasa hendaklah mengesan identiti sebenar anggota-anggota Red Bean Army supaya mereka boleh dipertanggungjawabkan atas fitnah dan hasutan yang disebarkan.

Source : http://hambaliabdullah.blogspot.com/2013/06/malaysia-akan-hancur.html
[Continue reading...]

OSTAZAH MEE SEGERA PAS ABBY ABADY GILER GLAMER DALAM KESEDIHAN..!!!

- 0 comments



Apa dahjadi dengan Ostazah giler glamer ni?.. kesian melihat keadaannya sekarang yang entah apa la nasibnya...???

Kalau dulu punya la giler sampai satu hari beratus tweet dalam twitter Ostazah ni tapi hari ni sehari satu kekadang langsung takde...


Pastu tweet yang sedih sedih jer.. hehheh

Sebenarnya itulah nasib si "HAMPAS TEBU" habis diperah air Hampas dibuang dan samalah nasibnya dengan Ostazah giler glamer ni sampai sanggup  tunggang tebalikkan hadis dan ayat Quran asalkan boleh glamer.

Hahahahahaha...... Jadi YB tak dapat... Jadi Menteri tak dapat.... Pi LONDON...?.. heheheh 

K/r : jandA meroyang giler glamer camtu laaa jadinya,,, bakat seni plakk hampehhh...!!!

Source :
 http://hambaliabdullah.blogspot.com/2013/06/ostazah-mee-segera-pas-abby-abady-giler.html
[Continue reading...]

Sunday, June 16, 2013

Tahniah Cikgu Zubir Diatas Perlantikan Speaker Dun Terengganu

- 0 comments
                           
                                     

Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Mohd. Zubir Embong dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu yang baru.

Pengisytiharan pelantikan beliau diumumkan oleh Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu, Azhar Jusoh pada hari pertama Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Azhar mengumumkan perkara itu berdasarkan watikah pelantikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mohd. Zubir yang merupakan bekas Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kemudian mengangkat sumpah jawatan tersebut pada sidang hari pertama yang dihadiri kesemua 32 Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Selepas itu disusuli pula upacara mengangkat sumpah oleh kesemua ADUN yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Ia diikuti 16 wakil rakyat BN sebelum kesemua 15 ADUN daripada parti pembangkang turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Ia merupakan persidangan pertama Sidang DUN Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 bulan lalu yang menyaksikan BN mempertahankan pemerintahannya dengan memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN dan empat daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

P/s. : Teruskan perjuangan cikgu demi memartabatkan pendidikan di negeri Terengganu.
Source : melayu blues
[Continue reading...]

KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH BLOCKBUSTER2 2013

- 0 comments
Sebentar tadi telah pun berlangsung malam Anugerah Blockbuster yang mengiktiraf mereka yang terlibat di dalam industri filem Malaysia. Secara keseluruhan majlis berlangsung dengan lancar walaupun terdapat cacat cela yang tidak dapat dielakkan. Semoga pihak penganjur akan memperbaiki kesilapan yang dilakukan sekiranya anugerah ini diteruskan pada tahun hadapan.

syamsul yusof

Apa pun jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Syamsul Yusof yang membawa pulang 5 kemenangan malam ini. Paling manis sudah tentu apabila filem arahannya, KL Gangster diiktiraf sebagai filem terbaik. Malah Syamsul turut membawa pulang Anugerah Tuan Direktor terhebat di samping Anugerah Khas PFM. Semoga dengan kemenangan ini Syamsul akan terus aktif menghasilkan karya yang bermutu tinggi di masa hadapan.

kl ganster

Berikut ialah keputusan penuh untuk Anugerah Blockbuster:-
Anugerah Filem Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Tuan Direktor – Syamsul yusof (KL Gangster)
Anugerah Direktor Baru Terhebat – M. Suurya ( Sumpahan Puaka)
Anugerah Filem Aksi Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Filem Kelakar – Hantu Bonceng (Ahmad Idham)
Anugerah Filem Takut Terhebat – Khurafat (Syamsul Yusof)
Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Nur Kasih The Movie! (Khabir Bhatia)
Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsuddin (Bini-Biniku Gangster)
Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Bonceng)
Anugerah Watak Penyangak Terhebat – Fikir Bakar (Klip 3GP)
Anugerah Lagu Filem Terhebat – Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat – Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat – Tasha Shila (Ratu The Movie)

Tahniah kepada semua pemenang..


Source :  http://beautifulnara.com/tag/senarai-pemenang-anugerah-blockbuster/

[Continue reading...]

Saturday, June 8, 2013

DIY : LIGHT BOX UNTUK MAKRO FOTOGRAFi

- 0 comments
Credit to : www.rekacipta.net

Rekaan Peti / Kotak Cahaya DIY mudah alih untuk kegunaan fotografi makro dan fotografi produk (product photography). Peti cahaya (atau turut dikenali sebagai Light Box) merupakan sebuah peti yang memberikan pencahayaan cerah dan seimbang dari beberapa arah.

Pencahayaan sebegini meminimumkan kesan bayang dan membolehkan foto yang tajam serta jelas diambil tanpa menggunakan kelengkapan yang mahal. Oleh kerana kesemua komponen peti cahaya in dimuatkan di dalam sebuah kotak (self contained), ia mudah untuk dipindahkan dan tidak memerlukan sebarang set-up untuk digunakan. Hanya perlu pasangkan plug pada soket elektrik dinding dan ON.

Rekaan ringkas ini sesuai untuk mereka yang meminati bidang fotografi tetapi tidak mampu berbelanja besar, atau mereka yang tidak meminati bidang fotografi (seperti saya), tetapi masih inginkan cara yang murah dan mudah untuk mengambil foto makro dan foto produk dengan kualiti yang baik.


Rekacipta.net - peti cahaya light box 04
Objek yang ingin diambil fotonya diletak di tengah peti cahaya. Peti cahaya ini dilapisi dengan kertas latar berwarna putih. Warna kertas latar ini boleh ditukar kepada apa sahaja warna yang diingini.


Peti Cahaya (Light Box) - Contoh Foto
Contoh foto yang diambil menggunakan peti cahaya ini (tanpa flash). Kamera yang digunakan adalah dari jenis Lumix point-and-shoot 8.1 megapixel model tahun 2007. Tiada bajet untuk kamera DSLR.


Peti Cahaya (Light Box) - Contoh Foto 02
Satu lagi contoh foto diambil menggunakan peti cahaya ini, sebuah external hard drive.


Komponen Peti Cahaya

Komponen dan bahan bagi menghasilkan peti cahaya ini boleh diperolehi daripada sumber terbuang dan boleh dibeli dengan mudah daripada kedai-kedai hardware / elektrik.


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox 03
Bahan terpenting bagi rekaan peti cahaya semestinya sebuah kotak. Terpulang kepada anda untuk memilih saiz yang bersesuaian, namun adalah dicadangkan agar kotak bersaiz besar digunakan (seperti kotak PC).


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox 01
3 set lampu kalimantang berbentuk bulatan (circline fluorescent light), 3 set ballast (juga dikenali sebagai choke), 3 set pemula (starter), 1 kepala plug 3-pin SSO dan satu wayar elektrik sepanjang 3 meter (atau lebih). Pada lampu di atas terdapat sebuah penyambung (connector) dengan wayar putih dimana starter dipasang, 3 setconnector ini juga perlu dibeli secara berasingan.


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox 02   Lampu diuji terlebih dahulu bagi memastikan ianya berfungsi sebelum pemasangan selanjutnya dibuat.



Pemasangan dan Penyambungan
 Rekacipta.net - Litar Peti Cahaya
Rajah skematik penyambungan litar bagi peti cahaya ini. 3 lampu disambungkan secara selari.


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox 05
Wayar dipasang melalui lubang kecil yang ditebuk pada kotak. Wayar berwarna coklat (wayar live) dicabangkan kepada 3 untuk disambung kepada 3 unit ballast/choke. Wayar biru (wayar neutral) juga perlu dicabang tiga dan disambung kepada 3 unit lampu (sila rujuk rajah skematik).


Penyambungan wayar kepada choke / ballast
Penyambungan wayar live kepada ballast / choke.



Zip tie / Cable Tie
Lubang ditebuk pada kotak bagi melalukan zip tie (juga dikenali sebagai cable tie). Kegunaan zip tie ini adalah bagi mengikat kedudukan lampu.


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox 08
Lampu diikat pada kedudukan. Connector dan starter dipasang pada lampu.


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox 11
Pada kedudukan terbalik, ulangi langkah untuk dengan mengikat ketiga-tiga lampu pada kedudukan sisi dan bumbung kotak. Pendawaian / penyambungan wayar dibuat mengikut rajah litar yang diberikan sebelum ini. Setiap satu choke / ballast juga diikat pada kedudukan menggunakan zip / cable tie agar tidak bergerak / jatuh.


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox 10
Selesai kerja pemasangan dan pendawaian, kerja-kerja kemasan wayar boleh dibuat dengan pita pelekat.


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox - Latar Putih
Skrin latar dipotong daripada kertas kajang berwarna putih dan ditampal menggunakan pita pelekat.


Rekacipta.net - peti cahaya light box yang telah siap
Peti cahaya yang telah siap.


Rekacipta.net - peti cahaya light box 01
Selesai digunakan, peti cahaya boleh dibungkus untuk untuk dialihkan atau umtuk penyimpanan.


Source : http://www.rekacipta.net/2012/08/rekaan-peti-cahaya-light-box-diy-untuk.html

[Continue reading...]

Monday, June 3, 2013

Ketelusan Berpolitik Cara Dap?

- 0 comments
DAP sering melaung-laungkan ‘ketelusan’ dalam politik.  Namun, kita semakin sangsi bahawa DAP benar-benar memahami apa itu ‘ketelusan’.   Sama ada DAP tidak faham maksud perkataan itu, atau DAP pastinya sebuah parti yang benar-benar hipokrit lagi pengecut kerana menghalang sesiapa sahaja dari mendedahkan kebenaran di dalam DAP.    

Buktinya, sebelum ini, Karpal Singh mengugut Tunku Aziz agar jangan mendedahkan agenda sebenar DAP, dan semalam sekali lagi Karpal mengancam ROS agar jangan mendedahkan hasil siasatan pemilihan CEC kepada rakyat.   Ugutan dan ancaman Karpal itu seolah-olah memberitahu rakyat bahawa, ‘saya ada pekung di dada, tapi Tunku Aziz dan ROS tidak patut bagitau orang yang saya ada pekung.’

Secara tidak langsung, Karpal telah mengesahkan persepsi rakyat bahawa DAP sememangnya tidak telus.  

Dari satu sudut, kita tidak hairan dengan tindakan Karpal kerana kemungkinan besar DAP tidak kisah menunjukkan sikap tidak telus mereka kerana mereka tahu bahawa penyokong mereka iaitu 97% kaum Cina di negara ini sebenarnya tidak kisah pun jika parti itu tidak telus, korup, penipu atau apa saja.  Ini kerana yang penting bagi mereka adalah parti pemerintah haruslah dipimpin dan didominasi kaum Cina, itu saja.  

Jika ini benar, maka ada sesuatu yang jelas tidak kena dengan pendidikan kaum Cina di negara ini.  Kita amat hairan bagaimana mereka begitu tidak malu melaungkan ketelusan dan integriti tetapi di masa yang sama menyokong parti yang jelas tidak telus dan tidak berintegriti.  

Mungkinkah hipokrasi atau kecelaruan ini berpunca dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina?  Apakah yang diajar di sekolah tersebut?  Tidakkah mereka dididik dengan nilai-nilai murni, bercakap benar, hormat-menghormati dan bertoleransi?   Atau apakah benar seperti yang dikatakan mula-mula tadi iaitu mereka sebenarnya tidak faham bahasa dan tidak tahu apa itu ‘ketelusan’ mahupun ‘integriti’?  Mungkinkah ia membawa makna berbeza di dalam bahasa Mandarin?  

Atau mungkinkah mereka diajar bahawa segala nilai-nilai murni hanya tertakluk kepada kaum lain saja sementara kaum Cina bebas melakukan apa saja?  

Bukan kita ingin memperlekeh atau menghina kaum Cina, tetapi inilah persepsi yang lahir dari kenyataan Karpal Singh dalam kapasitinya sebagai wakil parti yang didokongi oleh 97% kaum itu.  Sewajarnya kaum Cina atau DAP berhenti menyalak tentang integriti dan ketelusan kerana ia semakin berbunyi seperti sedang menyalak terhadap diri sendiri.   Sedangkan, anjing gila pun tidak menyalak kepada diri sendiri.  

[Continue reading...]

Sunday, June 2, 2013

Tidak Salahhh!! Guru Cina Maki Muridnya??

- 0 comments

Menangnya Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah telah membuatkan para penyokongnya yang terdiri daripada mata sepet, naik tocang dan berasakan mereka sudah menguasai puncak dunia. Sangka mereka, sebarang perbuatan mereka, tiada sesiapa pun yang dapat menghalang. Bahkan mereka menyangkakan, kemenangan Lim Kit Siang dengan majoriti penguasaan Cina di Gelang Patah yang telah dimajukan oleh Kerajaan Melayu, membuatkan mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.

Hari ini satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang guru bernama POH KIM THYE, pengetua sebuah sekolah Cina di Gelang Patah yang telah menghina pelajar-pelajar Melayu di sekolahnya.

Perkara ini telah berlaku beberapa bulan sebelum PRU13. Laporan telah dibuat kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri. Bagaimanapun, sehingga laporan polis itu dibuat, tiada sebarang tindakan daripada PPD mahupun JPN diambil terhadap guru berkenaan.

Apakah sebenarnya Pejabat Pelajaran Daerah berdiam diri memandangkan kepala di PPD itu merupakan penyokong DAP dan Pakatan Rakyat?

Banyak sikap tutup kes membabitkan PPD dan Jabatan Pelajaran Negeri berlaku di seluruh Malaysia. Ketakutan yang amat keterlaluan atau barangkali juga, sengaja dibuat begitu agar DAP menjadi penguasa sebenar di Malaysia, dilihat sudah menjadi barah yang keterlaluan dalam sistem pendidikan dan pelajaran di negara ini.

Justeru, tidak menghairankan jikalau guru-guru di semua sekolah di Malaysia, menjadi KEPALA HAMLAU yang melihat politik sebagai kerja sampingan mereka, biarpun pada masa yang sama, mereka merupakan GOLONGAN YANG PALING DIMANJAKAN OLEH KERAJAAN.

Gelagat guru bernama POH KIM THYE itu seharusnya menjadi benchmark kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang sekarang ini kembali menggunakan nama pada zaman Anwar Ibrahim sebagai Menterinya iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Terlalu banyak kes seperti ini dipandang sepi dan cuba ditutup oleh PPD dan Jabatan Pelajaran Negeri. Dan yang lebih menarik ialah apabila membabitkan kenaikan pangkat, puak-puak yang begitu aktif menentang majikan mereka itulah yang akan dinaikkan pangkat terlebih dahulu!!!

Siapa lagi yang berani menegur atau mengambil tindakan terhadap KEPALA-KEPALA DALAM PPD mahupun JPN apatah lagi dalam KPM yang sewenang-wenangnya menjadi apparatus kepada Pakatan Rakyat tanpa menghiraukan tugasan dan tanggungjawab sebenar mereka?

Source : http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/05/guru-cina-panggil-pelajar-melayu.html
[Continue reading...]

TERKINI! JAWAPAN KEPADA 'Hati Busuk' NURUL IZZAH TAK DIBENARKAN MASUK SABAH !!

- 0 comments
                            
Di bawah adalah penjelasan terperinci isu Nurul Izzah yang tidak dibenarkan masuk ke Sabah dan tindakan beliau yang bercadang mahu menyaman Ketua Menteri Sabah.


 Artikel itu menempelak Nurul Izzah supaya sedar diri dengan 'sekatan' berkenaan dan menyokong 'Autonomi Sabah' yang kononnya diperjuangkan dalam Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di Sabah semasa PRU-13 lalu!

Di antara artikel yang ditujukan khas kepada Nurul Izzah :
Oleh kerana hampir semua Ketua Menteri Sabah menggunakan kuasa autonomi mereka untuk menghalang Persona Non Grata; maka tidak ada hebat atau bezanya saudari jika dibandingkan dengan Peguam Kanan Sugumar Balakrishnan yang pernah dihalang daripada memasuki Sabah, sedangkan beliau mempunyai PR Sabah seperti saya dan puluhan ribu pemegang PR di Sabah yang tidak boleh membantah jika PR mereka dibatalkan kerana kuasa mutlak Ketua Menteri.

Tidak ada dinyatakan dalam mana-mana peraturan Ketua Menteri Sabah perlu memberi penjelasan atau mewartakan sebab musabah menahan 'Persona Non Grata' daripada memasuki Sabah kerana terletak di bawah bidang kuasa istimewa beliau; Pengarah Imigresen hanya melaksanakan tugas mengikut .undang-undang

 
Isu kuasa istimewa Ketua Menteri ini telah berlarutan sejak 1963 namun jarang dipedulikan oleh Ahli Politik Pembangkang, melainkan setelah mengalami 'gangguan emosi' dan merasa malu kerana dikategorikan sebagai 'Persona Non Grata'. 
Tindakan menyaman Ketua Menteri Sabah atau Kerajaan Negeri Sabah tidak memberikan sebarang maknakerana hak-hak khas Perlembagaan dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saudari berkata disekat masuk ke Sabah di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 dan akan mencabar keputusan menghalang itu di mahkamah; dan sepasukan peguam yang diketuai oleh Ahli Parlimen PKR Penampang, Darell Leiking sedang meneliti perkara itu dan kes itu akan difailkan di Kota Kinabalu, sebaik sahaja pasukan peguam itu sudah bersedia.

Namun saudari mungkin tidak sedar bahawa di dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Kerajaan Negeri Sabah oleh Seksyen 65(1)(c) Akta tersebut, Kerajaan Negeri Sabah tidak perlu memberikan sebarang alasan.

Sebaliknya, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengambil tindakan bijak kerana enggan mengulas tindakan halangan masuk terhadap saudari ke Sabah bagi membuktikan bahawa hak Imigresen adalah hak mutlak Sabah yang tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa pun.
Walaupun ramai pihak menyifatkan tindakan menghalang saudari memasuki Sabah sebagai “Penahanan Anti Demokratik”, namun dalam masa yang sama sewajarnya saudari bertolak ansur dengan 'sekatan' berkenaan dan menyokong 'Autonomi' sebagaimana yang diperjuangkan dalam 20 perkara dan Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di Sabah semasa PRU-13 lalu.

Apa Locus Standi saudari untuk menuntut kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengemukakan sebab-sebab kukuh mengapa larangan yang dikenakan terhadap saudari?; sekalipun secara fizikalnya saudari tidak mengancam keselamatan warga Sabah seperti 'Snipper' Wanita Pengganas Kiram.

Oleh kerana saudari bukan individu milik negeri Sabah (bukan rakyat Sabah), maka saudari tidak diberikan hak mencari nafkah di negeri Sabah atau masuk secara bebas 'menebeng' kepada paksi politik; termasuk mengembangkan pengaruh politik di Sabah
Jika Kerajaan Negeri Sabah mahu menghalang saudari, tidak ada siapa mampu menghalang Kerajaan Sabah memberikan status 'Persona Non Grata' kepada saudari; terutama ketika hebat berkempen PRU-13 lalu, namun insiden berkenaan tidak berlaku. 
Persoalannya, kenapa Musa Aman mesti melayan pertanyaan politik yang dibangkitkan saudari sedangkan kuasa Imigresen adalah kuasa mutlak Ketua Menteri Sabah yang terhad hanya untuk orang 'Malaya' atau 'Sarawak' yang ingin masuk ke Sabah; tetapi tidak mempunyai autonomi terhadap warga asing.

 
Oleh itu, kutukan bahawa Kerajaan Negeri gagal mengekang kemasukan 'Bala Tentera Syaitan Kiram' dan PATI tidak seharusnya dilontarkan terhadap kerajaan negeri; melainkan jika saudari dan 221 orang Ahli Parlimen Malaysia membawa usul untuk memberi kuasa autonomi kepada Sabah melalui Akta Imigresen berhubung warga asing, sejajar dengan statusnya sebagai sebagai sebuah 'Negara' pada 16 September 1963.

Mungkin agak keterlaluan jika saya katakan saudari hanya salah satu watak 'Wayang Kulit' kerana Pakatan Rakyat tidak ikhlas menyelesaikan isu PATI di Sabah dan saya terpaksa berjuang bersendirian membongkar segala kejalangan yang dilakukan dan direstui kesemua Ahli Parlimen Malaysia demi kejayaan perselingkuhan politik dan merancang 'kudita' setelah pilihanraya umum tidak menjadi medan tempur yang bermaruah.

Sejak 1999 saya tidak pernah gentar atau undur untuk memperjuangkan kedaulatan Sabah; termasuk bertegas untuk menghalang kemasukan 'Warga Malaya' secara tidak sah ke Sabah dan Warga Asing secara berkomplot oleh pihak berkuasa politik di Malaysia sehinggalah tertubuhnya RCI di Sabah.
Adalah mustahil, sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia dan warganegara Malaysia, saudari tidak menyedari wujudnya 'Kuasa Mutlak' Ketua Menteri Sabah yang WAJIB dilaksanakan oleh Pengarah Imigresen Sabah untuk menyekat kemasukan sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke Sabah.

Anggapan saudari bahawa adalah tidak rasional dan menganggap tindakan sekatan ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik; hanyalah 'Gurauan Nakal' seorang Ahli Parlimen Muda yang tidak tahu menghormati 'Tuan Rumah'.

Sebagai 'Tuan Rumah' atau Ketua Menteri, Musa Aman tidak perlu memberikan sebarang penjelasan kerana Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 sudah cukup jelas; malah tidak menghalang saudari menggunakan hak Perlembagaannya untuk memfailkan saman mencabar keputusan Kerajaan Negeri Sabah.

Sewajarnya mulai sekarang, saudari patut belajar menghormati Perlembagaan Negeri Sabah dan Perlembagaan Persekutuan sebelum berbahas di dalam Dewan Parlimen kerana orang bijaksana berbahas dengan minda dan bertingkah dengan tinta; bukannya demonstrasi atau membuat publisiti murahan seperti sekarang. seterusnya
Source : http://novandri.blogspot.com/2013/06/terkini-jawapan-kepada-persona-non.html?utm_source=BP_recent&utm-medium=gadget&utm_campaign=bp_recent
[Continue reading...]

Kerajaan Wajar Perkenalkan Dasar Pandang Ke Selatan

- 0 comments




Rakyat Malaysia, terutamanya kaum Cina nampaknya begitu membenci negara ini dengan sesungguh hati.  Kita dapat melihat kebencian itu dengan jelas dengan hanya melayari laman-laman sosial mereka atau mendengar mereka bercakap di kedai-kedai kopi mengenai negara ini.

Jelas bahawa 80% pemilikan kek ekonomi sudah tidak lagi cukup bagi mereka, yang mana menjelaskan kenapa Nanyang Siang Pau, sebuah akhbar Cina menulis bahawa kaum Cina tidak pernah menjangkakan apa-apa dari pilihanraya dan oleh itu mereka tidak begitu kisah untuk keluar mengundi sebelum ini.

Pilihanraya ke 13, bagaimanapun, memberi mereka harapan untuk perubahan.

Tentu sekali, perkataan ‘perubahan’ yang dimaksudkan bukanlah perubahan dari segi peratusan kek ekonomi atau kehidupan mereka yang sedia mewah dan selesa.  Tetapi, apabila ditanya, kita hanya akan mendapat jawapan hipokrit yang menjijikkan dari mereka seperti, ‘kami ingin kerajaan yang bersih’.

Kita meragui yang parti DAP yang disokong oleh 97% kaum Cina itu, yang telah menipu dan memanipulasi pemilihan anggota CEC mereka sendiri boleh menjadi parti yang bersih atau lebih bersih dari BN.  Apatah lagi dengan hakikat bahawa ahli mereka perlu mati, untuk menyelamatkan parti dari siasatan SPRM.  Tidak lupa juga dengan rekod ‘perlakuan korup yang paling pantas oleh seseorang ahli politik’ yang dipecahkan oleh Nga Kor Meng apabila menganugerahkan tender membekalkan ‘lounge suite’ kepada syarikat isterinya dalam masa hanya 42 hari selepas berkuasa.

Lebih dari itu, kita sedia maklum bahawa korupsi melibatkan dua pihak  kerana tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, bukan?

Oleh itu, jika kaum Cina menuduh pegawai kerajaan menerima rasuah, maka siapa lagi yang memberi rasuah kalau bukan peniaga Cina yang kaya raya?  Agak-agak kita bagaimana kaum Cina dapat memonopoli bekalan barangan keperluan rakyat?   Kenapa begitu banyak taikun Cina berbanding bangsa lain?  Bagaimana mereka mendapat begitu banyak projek?  Bagaimana mereka terus mendapat projek sedangkan kaum lain perlu berhempas pulas untuk mendapatkan walau satu projek?

Tidakkah ia disebabkan kaum lain tidak punya wang sebegitu banyak untuk ditawarkan di bawah meja?

Justeru, hentikanlah segala cakap-cakap mengarut mengenai Cina inginkan kerajaan yang bersih.

Kita tahu bahawa kaum Cina hanya ingin membina sebuah dunia mereka sendiri di dalam Malaysia atau ingin ‘menggantikan’ Malaysia.  Ertinya, tiada lagi Malaysia dalam ertikata yang sebenar.

Ini terbukti dari artikel Nanyang Siang Pau di mana dalam usahanya untuk memujuk kaum Cina atas kekalahan mereka di dalam Pilihanraya, akhbar itu  mengingatkan bahawa ‘Rom tidak dibina dalam masa satu hari’.   Dan sila ambil maklum bahawa Nanyang  merujuk kepada kekalahan kaum Cina, bukan kekalahan DAP atau Pakatan Rakyat.

Apabila kaum Cina bercakap tentang perubahan, mereka bukan inginkan perubahan dalam cara hidup mereka yang mereka sendiri tahu adalah jauh lebih baik dari saudara-saudara mereka di negara lain seluruh dunia.   Mereka ingin membina dunia mereka sendiri di sini dan model yang terdekat untuk dicontohi, tentulah Singapura.

Lagipun, bukankah Singapura telah menghulurkan begitu banyak bantuan kepada DAP yakni kaum Cina dalam PRU-13, sehingga membawa kepada keputusan pemerintahan-dua-parti pada hari ini?

Oleh kerana kaum Cina Malaysia begitu memuja Singapura dan sering membandingkan kedua negara ini, maka inilah disarankan jika kerajaan masih ingin terus memastikan kaum Cina gembira, maka Malaysia wajib meniru Singapura.

Mungkin, kerajaan perlu mula melakarkan deraf polisi baru yang dipanggil ‘Dasar Pandang Ke Selatan’.

‘Dasar Pandang Ke Selatan’ akan melihat tiadanya sekolah vernakular – sama seperti Singapura.  Tiada lagi cakap-cakap mengenai mendaulatkan bahasa Mandarin – sama seperti Singapura.  Syarat bagi media, terutamanya media siber akan diperketatkan dan perlu melalui tapisan serta pembaharuan lesen setiap tahun – sama seperti Singapure.

Tiada toleransi bagi sesiapa untuk berdemonstrasi walaupun secara aman – sama seperti Singapura.  Akta ISA akan dikembalikan – sama seperti yang digunapakai oleh Singapura dalam artikel 143 undang-undang negara itu yang membenarkan penangkapan tanpa perbicaraan.

Semua ini akan dilaksanakan, termasuklah penguatkuasaan penggunaan Bahasa Kebangsaan iaitu dalam kes Malaysia, Bahasa Melayu.

Dan jangan lupa untuk menyaman sesiapa sahaja yang meludah merata-rata – sama seperti Singapura.

Penulis percaya polisi ini akan membantu menjadikan masyarakat Cina di negara ini lebih gembira.  Dengan cara ini, mereka tidak perlulah membiarkan Singapura menjajah atau menceroboh Malaysia lagi kerana mereka dapat menikmati cara hidup yang sama seperti rakyat Singapura juga walaupun di bawah pemerintahan BN.

Tetapi, jika mereka masih tidak gembira, maka kerajaan wajib menerima hakikat bahawa apa yang kaum Cina ingin ubah mungkin hanya satu perkara iaitu:  bangsa individu yang menjadi Perdana Menteri Malaysia!


Source : http://www.pisau.net/kerajaan-wajar-perkenalkan-dasar-pandang-ke-selatan/


[Continue reading...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . KeyBodRosak - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger