Popular Posts

Monday, July 15, 2013

PRK Kuala Besut: Tok Peraih Undi Guru Sekolah Pulau Perhentian Agen Pas?

- 1 comments

                             

PULAU Perhentian seperti yang kita semua tahu adalah destinasi popular perlancungan dalam negara kita.  Kalau tidak salah, pulau tersebut dinamakan antara 10 pulau tercantik di dunia kerana keindahan pantainya yang menjadi tarikan pelancung untuk datang

Selain dari itu, Pulau Perhentian juga adalah salah satu dari 9 pusat mengundi yang terdapat dalam DUN Kuala Besut.  Dengan jumlah pengundi seramai 733 orang, pulau tersebut pasti menjadi sasaran utama kedua-dua parti bertanding dalam pilihanraya kecil akan datang untuk meraih undi.

Malangnya, tidak ramai tahu bahawa keindahan Pulau Perhentian ini, langsung tidak setanding dengan kualiti pendidikan anak-anak muda pulau tersebut yang rata-rata berada di tahap rendah.

Semua ini dikatakan ada hubung kait dengan sikap guru-guru di satu-satunya sekolah dalam pulau tersebut yang tidak serius dan mengambil mudah dengan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

Dari rungutan penduduk yang laman ini dengar, kebanyakkan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian ini lebih banyak menghabiskan masa di tanah besar dari menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran anak murid.

Tindakan mereka ini telah menjejaskan kualiti pengajaran kerana anak-anak murid tidak mendapat jumlah masa yang cukup untuk sukatan matapelajaran yang telah ditetapkan. Dikatakan bahawa, proses pengajaran di sekolah terbabit dilakukan dengan pantas oleh guru-guru terbabit, demi untuk mengejar masa untuk berulang alik ke tanah besar.

Terutama pada hari Khamis.

Dakwaan ini disokong oleh keputusan UPSR tahun 2012 Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian yang begitu merosot, malah gagal menyamai pencapaian pada tahun sebelumnya pun (2011) dalam semua matapelajaran.


Walaupun laman ini difahamkan kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina kuarters guru di sekolah terbabit, guru-guru di sekolah tersebut enggan menggunakan kemudahan tersebut dan lebih senang menetap di tanah besar, iaitu di Kuala Besut.

Ada dakwaan yang mengatakan bahawa majoriti dari guru-guru di sekolah Pulau Perhentian ini adalah terdiri dari penyokong parti pembangkang, PAS dan dengan itu menganggap bantuan kerajaan sebagai perkara yang hanya menyusahkan mereka.

Sikap macam ini bukanlah ganjil kerana umum tahu penyokong PAS memang diajar untuk tidak bersyukur dengan kemudahan yang disediakan kerajaan.

Perkara ini sudah banyak dirungutkan masyarakat setempat, tapi kerana hampir semua guru berkenaan di dakwa terlibat dengan 'penyakit' yang sama (termasuk guru besar), aduan ini tidak sampai ke mana.

Justeru, Kementerian Pendidikan perlu memandang serius dan menyiasat keadaan sebenar di Pulau Perhentian ini bagi mengelakkan masa depan anak muda di kawasan ini terabai kerana kurangnya pendidikan formal.

Kalau disahkan berlaku, peluang dalam pilihanraya kecil yang akan datang pada 24 Julai nanti perlulah digunakan kerajaan memerintah untuk memperbaiki kualiti guru di pulau terbabt bagi memastikan BN sentiasa mendapat sokongan rakyat di sana.

http://justice4malaysia.blogspot.com/
[Continue reading...]

PRK KUALA BESUT : Anak Ustaz, Profesional & Ore Mudo - Manifestasi Calon BN

- 0 comments
BAGI yang tidak tahu, nama Ustaz Che Ku Abd Rahman bukan satu nama yang asing kepada orang-orang dan pengundi Kuala Besut.  

Sebagai bekas Imam masjid dan tuk guru agama yang berjasa mendidik anak bangsa sejak bergenerasi lamanya di kawasan itu, ketokohannya sebagai pemimpin masyarakat hampir tidak boleh dipertikaikan sesiapa.

Justeru tidak hairanlah bila anak ke 5 beliau, Tengku Zaihan dipilih sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Dr. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lepas, sokongan masyarakat terhadap anak muda tersebut bertambah tinggi.

Selain ketokohan bapanya yang disebutkan di atas tadi, Tengku Zaihan juga adalah seorang yang profesional, masih lagi muda dan kita percaya sedikit sebanyak mewarisi sifat kepimpinan bapanya yang disebutkan di atas.

Malah tidak keterlaluan kalau penulis katakan, Zaihan memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin.  Dari segi latar belakang keluarga, pendidikan dan kerjayanya sebagai Jurutera, hampir ke semuanya melengkapkan Tengku Zaihan sebagai pemimpin muda yang layak mewakili masyarakat di Kuala Besut.


Ini sangat berbeza dengan calon yang diketengahkan PAS, Endut@Azlan Yusuf yang awal-awallagi telah menyatakan bahawa komitmen sebenarnya menyertai persaingan kali iniadalah kepada perniagaan yang sedang dijalankannya, bukan kepada rakyat.

Tugas dan kerja sebagai wakil rakyat ini (kalau dia menang) hanya akan diserahkan kepada orang yang akan dibayar upah kemudian.  Video mengenainya telah menjadi viral di Internet dan penulis tidak rasa perlu menjelaskannya dengan lebih panjang lebar.

Cuma nak disebutkan disini, apakah ini jenis pemimpin yang dimahukan rakyat Kuala Besut, jenis yangtidak mempedulikan rakyat setelah menang pilihanraya untuk memberi keutamaan kepada  bisnes?

Dahulu hanya pemimpin UMNO sahaja yang selalu dikaitkan dengan menjadi wakil rakyatuntuk mendapatkan projek, kali ini pemimpin PAS pun sudah jadi macam itu juga, apa sudah jadi?

Kita perlu ingat, Azlan telah banyak mengeluarkan wang untuk membiayai PAS, bukan rahsia pun diaadalah 'banker' kepada PAS.  Pencalonannya sebagai wakil PAS di Kuala Besut ini, dilihat Azlansebagai peluang untuk mendapatkan kembali pelaburannya kepada PAS selama ini.

Keutamaan kepada rakyat, hampir tidak wujud langsung.

Tidak syak lagi, Tengku Zaihan adalah calon wakil rakyat yang sesuai untuk rakyat di Kuala Besut.  Penulis yakin, Tengku Zaihan akan memberikan komitmen yang tinggi untuk membantu rakyatdi kampung halamannya sendiri.

Tengku Zaihan bukan setakat perlu menjaga nama baik parti yang diwakilinya, tapi nama baik ayahnya yang terkenal begitu popular di Kuala Besut.  Jadi beliau tidak ada pilihan selain berkhidmat sebaik mungkin jika berjaya menang di kawasan ini pada 24 Julai nanti.

Sama-samalah kita mendoakan kejayaan Tengku Zaihan dan BN di Kuala Besut.

Sumber : http://justice4malaysia.blogspot.com/
[Continue reading...]

PRK Kuala Besut : Calon Pas Pemalas Upah Orang Jika Menang!!

- 0 comments
SETAHU penulis, rakyat memilih seorang pemimpin sebagai wakil rakyat mereka bagi membolehkan pemimpin berkenaan berkhidmat dan rakyat juga ada tempat nak dituju untuk mengadukan masalah mereka.

Melainkan wakil rakyat berkenaan sakit, ada urusan rasmi yang lain atau sebagainya, dimana seorang pegawai diamanahkan untuk menjalankan tugas tersebut bagi pihaknya, wakil rakyat berkenaan perlu berkhidmat sendiri kerana yang dipilih dalam pilihanraya adalah dia, bukan pegawai yang dia lantik.

Jadi apa cerita sekarang dengan calon PAS untuk PRK Kuala Besut Azlan Endut@Che Long yang awal-awal lagi sudah umum bahawa kalau dia menang dalam PRK kali ini, dia akan upah orang lain untuk menjalankan tugasnya sebagai ADUN.

Tambah pening kepala, Azlan menyerahkan bulat-bulat tugas berkenaan kepada orang lain,bukan sebab urusan rasmi sebagai ADUN, tapi demi untuk menjaga kepentingan perniagaannya yang sedia ada sekarang.

Untuk makluman, Azlan adalah kontraktor kelas A yang mempunyai banyak kepentingan perniagaan di Kelantan.

Jadi persoalannya disini sekarang, apa motif PAS meletakkan orang ini sebagai calon bila manadia sudah awal-awal lagi memberi komitmen untuk 'tidak berkhidmat' kepada rakyat?  Nampak jelasdia hanya berminat menjadi ADUN untuk mencari projek saja, bukan nak berkhidmat!!

Kata PAS ini parti rakyat, utamakan rakyat, tidak ada yang dibuat PAS melainkan untuk rakyat, tapi letakcalon yang berharap untuk menang semata-mata sebab kukuhkan lagi perniagaannya dan dalam masa yang sama, serah orang lain untuk bantu rakyat.

Baik PAS calonkan saja pegawai tersebut dalam pilihanraya kecil yang ini, biarkan saja si Azlan inidengan perniagaannya.

Lagipun, masuk akal ke kontraktor kelas A yang kaya raya sanggup tinggalkan semua kemewahantersebut untuk menjadi ADUN yang sekadar terima gaji antara RM 4,000 - RM 5,000 sebulan saja ni.

Kadang-kadang, penulis pun tak faham apa kriteria yang PAS guna untuk penentuan calon parti tersebut.  Harap duit saja banyak, tapi taknak berkhidmat kepada rakyat pun.

Sumber : http://justice4malaysia.blogspot.com
[Continue reading...]

Friday, July 12, 2013

Berok Bahan Ujikaji Dapigs : Cemar Sensitiviti Umat Islam Dianggap “Kelakar”?

- 0 comments
                    


Saya tidak pasti apa pandangan masyarakat Malaysia terhadap dua warga Malaysia, Alvin Tan dan Vivian Lee yang nama mereka begitu terkenal di kalangan bintang-bintang porno Asia. Namun pada saya, kedua mereka ini layak untuk dilucutkan kewarganegaraan mereka.

Pasangan itu begitu kemaruk mempromosikan gaya hidup seks bebas mereka melalui laman sosial sehingga mencetus kontroversi di Malaysia. Mereka cukup bangga dengan identiti porno dan mendokong prinsip LGBT.

Terbaru, pasangan muda berbangsa Cina itu mencetus kemarahan masyarakat Malaysia, khususnya umat Islam, apabila dengan sengaja mempromosikan “bak kut teh” sebagai menu pilihan untuk berbuka puasa.

Bak Kut Teh yang merupakan sup khinzir itu disifatkan sebagai “wangi, enak dan menyelerakan” untuk dijadikan juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan.

Paling menimbulkan kemarahan, poster promosi oleh Alvin dan Vivian itu turut meletakkan logo “halal” seolah-olah hidangan Bak Kut Teh tersebut adalah halal untuk dijamah umat Islam. Logo halal Jakim pulak tu!

Terus terang saya katakan, sekiranya undang-undang membolehkan saya memijak kepala Alvin dan Vivian, sudah tentu kedua budak Cina ini sudah pecah kepala saya kerjakan.

Pada saya, mereka boleh bertelanjang dan mengadakan pertunjukan seks di depan pintu masuk Universal Studio atau di patung kepala Singa di Singapura. Mereka boleh sebarkan kegiatan seks tidak bermaruah mereka ke seluruh dunia hatta ke kutub utara sekalipun.

Itu hak mereka untuk mempamerkan maruah mereka yang lebih hina dari binatang.

Tapi kalau sampai mempersenda kesucian bulan Ramadhan, mencemar hukum-hakam di dalam Islam dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang berpuasa, pada saya perbuatan itu sudah cukup melampau dan tidak wajar dimaafkan lagi.

Puasa di bulan Ramadhan merupakan rukun Islam yang ke-4. Dalam ertikata lain, puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu amalan yang wajib bagi umat Islam di seluruh dunia. Saya kira, Alvin, Vivian atau mana-mana individu bukan Islam tahu tentang perkara ini.

Saya juga yakin bahawa majoriti golongan bukan Islam di seluruh dunia tahu bahawa Islam melarang umatnya menjamah daging khinzir. Kalau menyentuh khinzir pun sudah memadai untuk kita bersamak, apatah lagi memakannya, bukan?

Seperkara lagi, saya yakin pasangan biadap itu sedar bahawa umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa, bukan? Kalau mereka tak tahu, takkanlah mereka nak buat poster “Selamat Berbuka Puasa” begitu, bukan?

Jadi kalau mereka tahu dan sedar dengan semua perkara tersebut, mengapa mereka memilih untuk mempersenda ibadah puasa dan mencemar sensitiviti umat Islam?

Dalam kenyataan terbaru Alvin dan Vivian, mereka menjustifikasikan perbuatan mereka itu sebagai “jenaka”. Maksudnya, poster itu hanyalah sekadar lawak jenaka bagi mereka dan pasangan itu langsung tidak menyesal dengan perbuatan tersebut.

Oh! Boleh buat kelakar, ya? Perkara sensitif dan mencetus kemarahan umat Islam itu dianggap kelakar, ya? Nak tengok saya buat “kelakar” pada Alvin dan Vivian tak?

Pada saya, perbuatan Alvin dan Vivian selama ini sudah cukup mencabar kesabaran saya dan umat Islam di negara ini. Pada saya, perbuatan mereka ini tidak boleh dan tidak wajar dimaafkan lagi. Mereka melakukan perbuatan itu dalam keadaan sedar dan tidak mabuk atau khayal dadah.

Saya mencadangkan agar pihak Kerajaan Malaysia dengan apa jua akta, perkara atau petikan perlembagaan yang ada supaya melucutkan kewarganegaraan Alvin dan Vivian serta merta. Tiada kompromi dalam soal ini. Tiada amaran yang patut diberikan pada mereka lagi dalam keadaan ini.

Selain itu, Alvin dan Vivian dalam apa jua keadaan sekalipun, wajar disekat dari cuba kembali atau masuk ke Malaysia melalui apa cara sekalipun. Mereka wajar disekat dari menjejakkan kaki di bumi Malaysia untuk selama-lamanya sehingga mampus!

Sekiranya mereka cari pasal lagi dengan Islam, seluruh umat Islam di dunia wajar menghalalkan darah mereka sebagaimana yang pernah diisytiharkan pada Salman Rushdie, penulis buku “The Satanic Verses”.

Boleh tak “kelakar”nya berbunyi begitu? Atau ada para pembaca ada “kelakar” lain yang lebih menarik untuk Alvin dan Vivian? Mungkin Alvin dan Vivia sudah terlalu “lemak” sampai buat “kelakar” begitu pada kita. Kita wajarlah buat “kelakar” balik pada mereka, bukan?

Source : http://www.mykmu.net/?p=32821
[Continue reading...]

Wednesday, July 10, 2013

Tengku Zaihan Bercita-cita Naik Taraf Hidup Nelayan Sejak Di Universiti

- 0 comments
       

BESUT, 10 Julai (Bernama) -- Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman amat memahami kesukaran hidup yang dihadapi golongan nelayan kerana sejak kecil kehidupannya dikelilingi masyarakat itu.

Jadi bukan sesuatu yang menghairankan apabila calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut itu sudah menanam cita-cita untuk membaiki taraf hidup golongan nelayan tatkala menjadi penuntut universiti.

"Dengan dikelilingi oleh masyarakat nelayan sejak kecil lagi, saya amat terharu dan sedih melihat (kesukaran) kehidupan mereka.

"Saya ini dari kalangan orang laut dan sekiranya diberi peluang, saya akan cuba sedaya upaya membantu mereka agar hidup mereka lebih bertambah baik dan meneruskan apa yang diperjuangkan oleh penyandang (kerusi DUN Kuala Besut)sebelum ini," katanya.

Tengku Zaihan berkata semasa berkhidmat sebagai jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum ini, beliau telah cuba membantu setakat yang terdaya seperti memastikan kaum nelayan mudah ke laut dan mendaratkan ikan di kompleks menerusi projek mendalamkan muara sungai Kuala Besut.

"Kini Allah SWT telah membuka peluang kepada saya dengan dipilih oleh kepimpinan BN untuk bertanding sebagai wakil rakyat pula dan peluang sebegini tidak akan saya lepaskan," katanya.

Tengku Zaihan, 37, berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui di Kampung Teluk Bayu di sini selepas menziarahi pusara bekas wakil rakyat DUN Kuala Besut Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia pada 26 Jun lepas, di sini hari ini.

Menurutnya, bekas wakil rakyat BN yang terdahulu termasuk Allahyarham Dr Rahman telah banyak melakukan kerja-kerja bagi membangunkan masyarakat nelayan di kawasan itu.

Justeru, katanya sekiranya diberikan mandat oleh penduduk Kuala Besut pada pilihan raya kecil DUN itu 24 Julai ini, beliau akan menyambung usaha itu bagi memastikan nasib kaum nelayan yang merupakan majoriti di Kuala Besut akan terbela.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia itu berkata selain menaik taraf hidup nelayan, beliau juga akan berusaha membangunkan sektor pelancongan berasaskan perikanan di Kuala Besut.

Terdahulu sebelum ke pusara, beliau menyampaikan Dana Bakti Remaja (DBR) kepada 2,132 remaja di DUN Kuala Besut bertempat di Dewan Orang Ramai Seri Seratus di sini.

DUN Kuala Besut merupakan DUN pertama di Terengganu mengagihkan DBR dengan setiap seorang menerima RM200.

-- BERNAMA--
[Continue reading...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . KeyBodRosak - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger