Credit to : www.rekacipta.net
Pencahayaan sebegini meminimumkan kesan bayang dan membolehkan foto yang tajam serta jelas diambil tanpa menggunakan kelengkapan yang mahal. Oleh kerana kesemua komponen peti cahaya in dimuatkan di dalam sebuah kotak (self contained), ia mudah untuk dipindahkan dan tidak memerlukan sebarang set-up untuk digunakan. Hanya perlu pasangkan plug pada soket elektrik dinding dan ON.
Rekaan ringkas ini sesuai untuk mereka yang meminati bidang fotografi tetapi tidak mampu berbelanja besar, atau mereka yang tidak meminati bidang fotografi (seperti saya), tetapi masih inginkan cara yang murah dan mudah untuk mengambil foto makro dan foto produk dengan kualiti yang baik.
Objek yang ingin diambil fotonya diletak di tengah peti cahaya. Peti cahaya ini dilapisi dengan kertas latar berwarna putih. Warna kertas latar ini boleh ditukar kepada apa sahaja warna yang diingini.
Contoh foto yang diambil menggunakan peti cahaya ini (tanpa flash). Kamera yang digunakan adalah dari jenis Lumix point-and-shoot 8.1 megapixel model tahun 2007. Tiada bajet untuk kamera DSLR.
Satu lagi contoh foto diambil menggunakan peti cahaya ini, sebuah external hard drive.
Komponen Peti Cahaya
Komponen dan bahan bagi menghasilkan peti cahaya ini boleh diperolehi daripada sumber terbuang dan boleh dibeli dengan mudah daripada kedai-kedai hardware / elektrik.
Bahan terpenting bagi rekaan peti cahaya semestinya sebuah kotak. Terpulang kepada anda untuk memilih saiz yang bersesuaian, namun adalah dicadangkan agar kotak bersaiz besar digunakan (seperti kotak PC).
3 set lampu kalimantang berbentuk bulatan (circline fluorescent light), 3 set ballast (juga dikenali sebagai choke), 3 set pemula (starter), 1 kepala plug 3-pin SSO dan satu wayar elektrik sepanjang 3 meter (atau lebih). Pada lampu di atas terdapat sebuah penyambung (connector) dengan wayar putih dimana starter dipasang, 3 setconnector ini juga perlu dibeli secara berasingan.
Lampu diuji terlebih dahulu bagi memastikan ianya berfungsi sebelum pemasangan selanjutnya dibuat.
Pemasangan dan Penyambungan
Rajah skematik penyambungan litar bagi peti cahaya ini. 3 lampu disambungkan secara selari.
Wayar dipasang melalui lubang kecil yang ditebuk pada kotak. Wayar berwarna coklat (wayar live) dicabangkan kepada 3 untuk disambung kepada 3 unit ballast/choke. Wayar biru (wayar neutral) juga perlu dicabang tiga dan disambung kepada 3 unit lampu (sila rujuk rajah skematik).
Penyambungan wayar live kepada ballast / choke.
Lubang ditebuk pada kotak bagi melalukan zip tie (juga dikenali sebagai cable tie). Kegunaan zip tie ini adalah bagi mengikat kedudukan lampu.
Lampu diikat pada kedudukan. Connector dan starter dipasang pada lampu.
Pada kedudukan terbalik, ulangi langkah untuk dengan mengikat ketiga-tiga lampu pada kedudukan sisi dan bumbung kotak. Pendawaian / penyambungan wayar dibuat mengikut rajah litar yang diberikan sebelum ini. Setiap satu choke / ballast juga diikat pada kedudukan menggunakan zip / cable tie agar tidak bergerak / jatuh.
Selesai kerja pemasangan dan pendawaian, kerja-kerja kemasan wayar boleh dibuat dengan pita pelekat.
Skrin latar dipotong daripada kertas kajang berwarna putih dan ditampal menggunakan pita pelekat.
Peti cahaya yang telah siap.
Selesai digunakan, peti cahaya boleh dibungkus untuk untuk dialihkan atau umtuk penyimpanan.
Source : http://www.rekacipta.net/2012/08/rekaan-peti-cahaya-light-box-diy-untuk.html
0 comments:
Post a Comment