Popular Posts

Thursday, March 21, 2013

PAS KENCING!! DAP AKAN KENAKAN TOL TEROWONG DASAR LAUT!!

- 0 comments
DAP Berkeras Kenakan Tol Di Terowong Dasar Laut Benarlah bagai dikatakan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim bahawa manifesto bukannya satu perjanjian. Maksudnya ia sekadar tawaran sebagai umpan politik kepartian yang tidak wajib ditunaikan sebaliknya hanya untuk dimungkiri kemudian di capati. Sebab itu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuh raya pada awal Mac 2013 lalu, tak ramai yang teruja kerana tahu itu hanya sandiwara untuk mengabui mata rakyat menjelang pilihan raya sahaja. Tapi ada segelintir penyokong PR yang kembang dada kerana merasakan terowong itu jika menjadi realiti akan dapat dilalui tanpa bayaran tol. Maka berkokoklah mereka memuji kehebatan buatan Setiausaha Agung DAP. Tapi khalayak ramai tidak mudah lupa sekitar bulan November 2011 dulu, Ketua Menteri yang sama jugalah telah menyatakan kos pembinaan terowong bawah laut itu kelak akan diperoleh semula modalnya melalui kutipan tol. Siapa yang perlu membayarnya? Tentu sahaja penggunanya. Semasa Guan Eng berbangga membuat pengumuman tersebut semestinya Setiausaha Agung itu pun sudah lupa kenyataan lamanya yang sudah berusia lebih dua tahun. Itu kebiasaan orang politik yang gila publisiti dan banyak bercakap bila saja menjelang pilihan raya tapi bab kerja buat amat kurang. Menariknya baru sahaja 25 Februari 2013 yang lalu PR yang melancarkan manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang antara lain kandungannya ialah menghapuskan kutipan tol konon demi kesejahteraan hidup rakyat. Tika itu juga gah berkokok sakan segelintir penyokong PR meraikannya. Hakikatnya, PR sendiri hanya pandai menabur janji, bila berhasrat nak membina terowong angan-angan kutipan tol tetap juga wujud. Semasa sesetengah pemimpin PR yang lain sibuk mempromosikan janji manis untuk menghapuskan kutipan tol, DAP pula terus berkeras untuk membina terowong dasar laut yang bertol. Akhirnya jadilah manifesto bukan perjanjian seperti mana diungkapkan oleh pemimpin PR dari Selangor. Patutlah semasa sesi dialog antara Guan Eng dengan rakyat berhubung projek mega berharga RM6.3 bilion itu baru-baru ini, dapat dilihat reaksi negatif di kalangan peserta yang tampak meragui kesungguhan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk merealisasikannya. Rakyat tidak teruja dengan projek itu kerana ia tidak hanya satu pembaziran wang rakyat tatkala Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah hampir nak siap, tapi ia juga bukti nyata yang pemimpin PR memang juara membohongi rakyat.
[Continue reading...]

MAJLIS PEGUAM MEMBELA PENGGANAS??

- 0 comments
Setakat ini seramai 108 orang telah di tahan berdasarkan Akta kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA 2012) kerana dipercayai mempunyai hubung kait dengan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah. Laporan berita yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut sebahagian daripada tahan terbabit akan mula di dakwa bermula 20 Mac 2013. Baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah mengumumkan satu kerjasama khusus di antara Persatuan Undang-undang Sabah dengan Majlis Peguam Malaysia akan dibentuk bertujuan untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang terbabit. Secara umumnya, usaha sedemikian boleh dikira baik sesuai dengan kehendak undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang mengiktiraf setiap individu yang ditahan memiliki hak untuk membela diri. Peluang yang terbentang di depan mata ini rupanya tak terbiar lama apabila sepantas kilat disambar oleh Majlis Peguam bila mana Presidennya yang baru dilantik, Christopher Leong segera menyatakan kesanggupan untuk membela kesemua individu tersebut. Tak pasal-pasal satu negara terpaksa menanggung malu bila dunia luar mendengar ada juga badan rasmi seperti Majlis Peguam yang sanggup menyumbang usaha membantu menyelamatkan tahanan yang mempunyai hubungan dengan para pengganas. Bagaikan sudah tabii semula jadi Majlis Peguam, pantang ada sahaja yang di tahan atas pelbagai kesalahan maka di situlah mereka segera muncul menawarkan bantuan kepakaran guaman mereka. Semuanya atas alasan hak asasi manusia. Waima bila ada segelintir individu mahu murtad dari agama Islam pun mereka bersedia membelanya konon demi hak kebebasan individu, jadi apa sangatlah bila Majlis Peguam tergamak membuat kerja gila untuk turut sama membantu golongan pengganas, tak gitu? Tapi persoalan besar yang perlu dijawab, layakkah golongan pengkhianat dan tali barut pengganas Sulu yang telah membunuh 10 perajurit dan perwira tanahair di beri pembelaan? Beberapa orang wira kita yang terkorban tidak hanya di tetak malah isi perut juga terburai diperlakukan. Sedemikian punya kejam pun masih ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan untuk membela rakan-rakan si pengganas Sulu, dah kemaruk sangat nak mentekedarah duit upah guaman ke? Memang betul-betul kerja gila. Sebetulnya, amat tidak perlu dan tidak kena masanya untuk Presiden baru Majlis Peguam itu membuat kenyataan rasmi mahu membela tahanan terbabit, kot ya pun terburu-buru mahu mencari publisiti murahan, tengok-tengok jugalah keadaan sekeliling. Tolonglah jaga sikit sensitiviti rakyat dan ahli keluarga kepada perajurit kita yang terkorban. Alasan kemanusiaan mungkin betul dari satu sudut tertentu, tapi kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu terhadap beberapa orang perwira kita jelas sekali tiada sedikit pun sifat kemanusiaan. Jika alasan hak asasi manusia masih juga mahu dijadikan sandaran, Majlis Peguam sepatutnya tak perlu terlibat secara rasmi atau terbuka, cukuplah sekadar menyerahkan tugasan 'kemanusiaan' itu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya sahaja.
[Continue reading...]

PAS MENYERANG KREDIBEL 10 PEJUANG NEGARA!!!

- 0 comments

Tanggal 6 Mac 2013 yang lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat para perajurit negara beragama Islam yang terkorban dalam misi mempertahankan negara berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu & Semporna, Sabah adalah tergolong sebagai syahid akhirat.

Pengumuman itu nyata disambut baik oleh khalayak umum dan mengubat kedukaan kaum keluarga yang sedang bersedih, di masa yang sama ia bagaikan satu suntikan semangat kepada ribuan perwira kita yang sedang berjuang menentang pengganas Kiram di medan tempur tika ini.

Bagaimana pun pada 17 Mac 2013 yang lepas, tak semena-mena Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib bagaikan cuba menjatuhkan moral perajurit negara apabila mempertikaikannya ketetapan Majlis Fatwa dengan membuat andaian sendiri yang kematian para perajurit itu hanyalah syahid dunia.

Kenyataan pemimpin PAS itu jelas bermaksud memperlekehkan pandangan pihak yang jauh lebih berautoriti, seolah-olah mahu menonjolkan dirinya berkedudukan lebih tinggi berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan.

Lebih mendukacitakan lagi apabila pada 19 Mac 2013 sekali lagi cuba memberi gambaran kepada umum bahawa syahid dunia jauh lebih baik berbanding syahid akhirat. Sedangkan hakikatnya kedudukan syahid akhirat berada di atas syahid dunia.

Syahid akhirat juga tidak terhad kepada orang yang mati lemas, mati dalam kebakaran atau wanita yang mati melahirkan anak, sebaliknya turut merangkumi orang Islam yang terkorban ketika mempertahankan harta benda, keluarga dan mereka yang mati ditembak kerana menjaga keselamatan negara.

Manakala syahid dunia sebagaimana disepakati para ulama hanya terhad pada orang Islam yang mati ketika peperangan yang niatnya bukan kerana Allah S.W.T, tetapi disebabkan faktor utama untuk membolot harta rampasan perang.

Adakah para perajurit kita di Lahad Datu berperang demi untuk membolot harta benda pengganas Kiram? Tentu sekali tidak. Malah mereka juga tidak pergi ke Sabah untuk merampas atau menjajah negeri itu, sebaliknya berjuang untuk pertahankan maruah dan keselamatan negara dari keganasan pengikut Kiram.

Tindakan Harun Taib memperlekehkan pandangan Majlis Fatwa mungkin menyenangkan hati penyokongnya tapi secara realitinya ia tidak pun menjadikan PAS kelihatan lebih tinggi. PAS cuma sebuah parti politik yang menggunakan label Islamik, manakala Majlis Fatwa kebangsaan tetap di tempatnya sebagai badan yang berautoriti di peringkat nasional.

Justeru itu, daripada PAS terus cuba meremehkan pandangan dan kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan, adalah lebih berbaloi untuk para pemimpin PAS bersatu hati dan fikiran dengan umat Islam yang lain dalam mendoakan semoga perajurit kita di Sabah tetap teguh berjuang.

SOURCE  :  GAP
[Continue reading...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . KeyBodRosak - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger