Popular Posts

Friday, May 31, 2013

Memahami Taktik “Winning Psychology” Anwar Ibrahim

- 0 comments

forbidden psychological tactics

Tidak sukar mentelaah sikap dan strategi Anwar Ibrahim setelah keputusan PRU 13 diumumkan. Rata-rata rakyat Malaysia tahu bahawa cara demonstrasi jalanan, yang memungkinkan keganasan sebagai kemuncaknya bakal dilakukan.

“Winning psychology” yang telah dibuat sejak 2 tahun kebelakangan ini berjaya mengaburi mata penyokong mereka, dibuai dengan hasutan dan angan-angan kononnya mereka sudah menang, waima sebelum tempoh berkempen lagi.  Lihat sahaja lagak Anwar, dengan menggunakan jet peribadi serta helikopter pada lawatannya menggambarkan seolah-olah “he is no. 1 in Malaysia”. Dari perspektif antarabangsa pula, Anwar tanpa segan silu sering menwar-warkan dirinya sebagai pemimpin nombor satu Malaysia.

Seluruh penyokong mereka percaya, apatah lagi hampir segenap industri telah dipenetrasi melalui bekas panglima ATM, artis, peguam serta pemimpin veteran UMNO.  Semua ini dirancang dengan begitu teliti, demi mewujudkan “winning psychology”. Suka atau tidak, kita perlu mengakui bahawa taktik Anwar ini hampir berjaya, terutamanya kepada pengundi muda dan atas pagar dari kaum Cina dan India.

Melalui “winning psychology” inilah Anwar mewujudkan sentimen, kononnya berlaku penyelewengan SPR yang menyebabkan mereka kalah pada PRU13. Rata-rata itulah ucapan oleh wakil-wakil PR di setiap perhimpunan haram 505; kepercayaan bahawa rakyat telah memilih PR, tetapi telah dinafikan oleh SPR, UMNO dan BN.

Tentu sahaja dengan arus “winning psychology” atau harapan kemenangan seperti yang dibuaikan oleh Anwar berkecai apabila keputusan PRU 13 diumumkan. Sungguhpun sekelian rakyat yang membuat keputusan, mereka tidak dapat menerima kenyataan itu.  Kekecewaan inilah yang digunakan sepenuhnya oleh Anwar pada waktu dan ketika ini, bagi menghimpunkan penyokong-penyokongnya untuk turun berdemonstrasi. Pada saat perhimpunan inilah, hasutan untuk turun ke jalanraya bagi kononnya memulihkan demonstrasi.

Apa maksud turun ke jalanraya? Lihat kembali pada 1998, anda pasti mengetahui maksud yang tersirat. Anak muda yang mentah, yang masih dikuasai sifat amarah dan “rebellion” menjadi saluran pemuas nafsu Anwar yang sehingga kini gagal menjadi perdana menteri “at all cost”. Adam Adli, pelajar yang gagal dalam kuliah, contohnya, digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan mesej agar kerajaan ditumbangkan melalui jalanraya.

Lebih mudah untuk menghasut sekiranya mereka yang dihasut sudah punya kekecewaan yang amat mendalam.  Contohnya, masyarakat Cina, yang dikhabarkan telah membuat “full swing” untuk menumbangkan kerajaan tetapi masih gagal, pastinya mengalami kekecewaan yang tiada tolok bandingnya. Pasti tidak sukar untuk menghasut mereka turun ke jalanraya.

Anwar bijak memanipulasi rakyat dengan “winning psychology”; mewujudkan rasa kemenangan sekaligus mempengaruhi “first time voters” dan pengundi atas pagar pada PRU 13 yang lalu.  Apabila gagal, kekecewaan penyokongnya diterjemahkan pula dalam bentuk demonstrasi, yang penulis yakin akhirnya dibawa ke jalanraya untuk menggulingkan kerajaan.


Sumber : http://www.mykmu.net/?p=30976

[Continue reading...]

Tuesday, May 28, 2013

HANYA 10% Pengundi Cina Di Malaysia Masih Boleh Di Percayai

- 0 comments

Fakta dari PDM-PDM pada PRU ke-13 ini jelas membuktikan bahawa hampir 90% pengundi Cina tidak menyokong BN dan sebaliknya berpatah arah menyokong Pakatan Haram. Saya yakin, tidak ada sesiapa yang tidak bersetuju dengan fakta tersebut.

Ekoran itu maka PRU ke-13 tempohari dikatakan telah dilanda “tsunami Cina”. Bila disebut mengenai trend pengundi Cina yang menyokong Pakatan Haram dan istilah “tsunami Cina”, maka ia bukanlah sesuatu yang boleh dilabel sebagai perkauman.

Ini adalah kerana fakta tidak mengenal kaum dan tidak mengeluarkan kenyataan yang berunsur perkauman. Jadi, tidak ada soal “perkauman” sebagaimana yang didakwa DAP dan PKR baru-baru ini.

Soalnya sekarang mengapa 90% masyarakat Cina beralih arah menyokong pembangkang? Jangan cakap soal rasuah, seleweng atau tipu undi. Itu semua cuma alasan bodoh untuk mengabui mata rakyat. Malah pemimpin mereka lebih hebat rasuah, seleweng dan menipu rakyat selama ini!

Dari itu, hanya 10% dari kalangan masyarakat Tiong Hua di negara ini yang masih kita boleh pertimbangkan untuk percaya, manakala 90% lagi wajar untuk kita tolak ketepi dan tidak lagi percaya pada mereka.

Pada saya, mangsa sebenar dalam hal ini ialah Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa yang beliau tidak lakukan untuk membuktikan bahawa beliau adalah “The Best PM Candidate” berbanding Anwar Ibrahim.

Beliau tahu orang Cina pentingkan ekonomi. Maka sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, Najib kerja lebih teruk dari “bangla” siang malam tanpa rehat. Hasilnya, ekonomi negara stabil dan semakin kukuh meningkat berbanding negara dunia lain........

Baca seterusnya di : http://www.mykmu.net/?p=30961

[Continue reading...]

Friday, May 24, 2013

Pas Dan Sandiwara Berpisah Tiada!!?

- 0 comments


Penglibatan Pas secara tidak langsung untuk menggulingkan kerajaan..?

Kebelakangan ini kerap pula para pemimpin PAS tampil membuat kenyataan di media massa menegaskan parti itu tidak menyokong sebarang bentuk bantahan jalanan serta turut menafikan penglibatan atau kaitan langsung dengan dengan penganjuran Himpunan 505.

Nama lain bagi himpunan itu ialah Suara Rakyat 505 atau pun popular juga dengan panggilan Black 505, dikelolakan oleh geng Asal Bukan UMNO (ABU) yang mana ketuanya ialah Badrul Hisham Shaharin dan Haris Ibrahim yang cukup rapat dengan PKR.

Tujuan penganjuran kononnya untuk membantah penipuan yang dikatakan berlaku semasa PRU-13 tempohari walau hakikatnya motif utama ialah untuk meniru demonstrasi jalanan ala Arab Spring sekali gus bermaksud untuk menggulingkan Kerajaan melalui kaedah jalanan.

Namun bila mana satu demi satu pemimpin PAS yang serba prihatin ini mengkritik penganjuran bantahan yang dijadualkan berlangsung hujung minggu nanti, ia membayangkan seolah-olah andainya bantahan jalanan itu tetap juga berlangsung maka ia sama sekali tidak melibatkan PAS.

Mereka bertegas betapa pentingnya keamanan dipertahankan dan amat perlunya bantahan sebegitu ditolak kerana dibimbangi sukar dikawal dan menjadi bibit-bibit awal kepada keganasan serta kekerasan.

Seimbas lalu dengan kenyataan demi kenyataan pemimpin PAS itu makanya tiada seorang pun ahli PAS mahu pun penyokongnya yang akan hadir di demonstrasi yang dianjurkan oleh NGO yang rapat dengan rakan sepakatan PAS dalam PR.

Itu juga bermakna tiada seorang pun pasukan 'pengakap' dari Unit Amal PAS yang akan tampil mengetuai bantahan itu sambil menjaga keselamatan peserta.

Mungkin perubahan sikap PAS ini demi menjaga nama baik parti setelah dalam beberapa siri bantahan terdahulu yang dianjurkan oleh NGO Bersih, ternampak sangat penglibatan dalam demonstrasi ganas sebelumnya.

Tapi betulkah PAS sudah berubah dan menolak bantahan Black 505 serta langsung tidak akan menyertai demonstrasi itu?

Dengar boleh, percaya jangan. Dalam bab bermain sandiwara manis dalam media tapi belakang lain cerita sudah lama jadi asam garam PAS. Ini semua politik untuk jaga imej tapi bila tiba hari berlangsungnya bantahan jalanan, ahli dan penyokong PAS yang paling ke depan.

Tengok sajalah semasa demonstrasi ganas Bersih 2.0 dan 3.0 dulu, awal-awal cerita hampir kesemua pemimpin PAS menolak keganasan, tapi waktu berdemontrasi sebahagian pesertanya adalah ahli dan penyokong PAS.

Keadaan sama pasti berulang sebab PAS dan sandiwara jarang sangat berpisah. Wayang penolakan yang dilagukan oleh pemimpin-pemimpin PAS tika ini sekadar untuk mengalih pandangan semata-mata.

Jika bukan demikian seeloknya PAS membuat satu ketetapan rasmi yang jelas samada melalui Presiden atau Mursyidul Amnya bahawa PAS memang tidak akan terlibat dalam bantahan jalan Black 505 ini dan menyeru ahli serta penyokongnya untuk menghindarinya.

K/r : choiiiiii.... meluat aku dengan cakap tak serupa bikin....

[Continue reading...]

Monday, May 20, 2013

Melayu Dan Bumiputra

- 0 comments

Penduduk Malaysia mesti bersatu terutama sekali bangsa teras iaitu MELAYU DAN BUMIPUTRA. Ayuhlah kita kuatkan semula ekonomi MELAYU dan BUMIPUTRA. Kita dah tahu siapa gunting dalam lipatan kita sekarang ini. Sedar lah bangsa MELAYU DAN BUMIPUTRA semua.

AYOH KITA BERSATU UNTUK MALAYSIA TERCINTA!!!!!! 

Produk Bumiputra dan Melayu seperti berikut:

1.Roti Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
2.Bihun Jati Bernas (Syed Mokhtar Bukhary)
3.Minyak Masak Tiara (FELDA)
4.Minyak Masak Saji (FELDA)
5.Susu Manis Pekat Saji (FELDA)
6.Susu Manis Cair Saji (FELDA)
7.Magge Sajimee Saji (FELDA)
8Mayonis SajiMayo Saji (FELDA)
9.Marjerin Pelangi (FELDA)
10.Sos Cili Pelangi (FELDA)
11.Sos Tomato Pelangi (FELDA)
12.Jem Peanut SunBear (FELDA)
13.Sardin Agromas
14.Sardin Pertima
15.Kopi Hang Tuah
16.Bihun Sufi
17.Mi Kuning Sufi
18.Kuey Teow Sufi
19.Garam Sufi
20.Sos Lada Hitam Sufi
21.Sos Cili/Tomato Sufi
22.Kicap Masin/Manis Sufi
23.Tepung Goreng Sufi
24.Minyak Masak Sufi
25.Telur Cap Sufi
26.Ubat gigi Najwa
27.Ubat gigi Halagel
28.Garam Halagel
29.Tepung gandum Cap Bidara
30.Tepung gandum Faiza
31.Jus minuman Safina
32.Syampoo D'herbs33.Mydin
34.MyMart (kedai keluaran Mydin)
35.Bihun Kampung

[Continue reading...]

Friday, May 17, 2013

Anwar Perlu Dedahkan Bukti Penipuan SPR

- 0 comments


Anwar Perlu Dedahkan Bukti Penipuan SPR

Pilihanraya telah pun dua minggu berlalu.  Yang menang telah pun mengangkat sumpah dan mula bekerja.  Ada yang sekadar menerima ucapan tahniah dan ada yang membuat kenduri kesyukuran termasuk di kalangan Pakatan Rakyat.  Kabinet pun telah disusun dan ucapan-ucapan tahniah kepada Barisan Nasional dari kerajaan asing telah pun diterima.  Semuanya menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia. 

Walaupun ada yang tidak puas hati dengan pencalonan, kekalahan mahupun dengan barisan kabinet yang baru, namun semua orang mengambil sikap rasional untuk terus memandang ke hadapan dan mengharapkan yang terbaik.  ‘Semua orang’ yang dimaksudkan, bagaimanapun, tidak termasuk Anwar Ibrahim.  

Anwar Ibrahim nampaknya masih tidak senang duduk dan terus cuba mencetuskan anarki melalui himpunan-himpunan untuk menolak keputusan PRU-13.   Nampaknya, selain Anwar yang turut menolak keputusan tersebut adalah anak-anak Cina rasis produk SJKC yang sememangnya buta sejarah dan tidak punya jiwa Malaysia. 

Dalam himpunan terbaru di Johor, khabarnya Anwar semakin galak mencabar kerajaan, mungkin geram kerana belum dapat mencetuskan keganasan dan pihak berkuasa juga masih tidak menangkapnya.   Kita tahu bahawa beliau ingin sangat ditangkap untuk membolehkan kuncu-kuncunya mencetuskan kekecohan.  

Oleh kerana masih tiada apa berlaku, maka kali ini, Anwar secara tidak langsung ‘menjemput’ Amerika agar menyerang Malaysia.  Katanya, Amerika menyerang Iraq kerana ingin mewujudkan demokrasi dan beliau akan mengemukakan bukti-bukti penipuan SPR kepada Amerika. 

Anwar tidak pula menerangkan kata-katanya dengan jelas namun ia sudah cukup untuk kita memahami maksudnya iaitu kononnya Malaysia tidak demokrasi kerana SPR menipu. 

Ayat seterusnya yang tidak berani dinyatakan secara terbuka oleh Anwar ialah “Oleh itu, Amerika juga boleh menyerang Malaysia untuk mewujudkan demokrasi.”

Anak-anak Cina yang mendengar ucapan Anwar pun meloponglah mendengarnya, mungkin bangga juga jika Amerika datang ‘menolong’.   Langsung mereka tidak tahu bahawa Amerika menyerang Iraq kerana minyak bukan kerana demokrasi. 

Mereka juga mungkin tidak tahu bahawa Iraq selepas serangan Amerika bukannya sebuah negara yang lebih aman dan lebih kaya, tetapi hancur lebur.   Rakyat Iraq yang gembira menyambut serangan Amerika sebelum itu kini hidup susah apabila negara musnah dan ekonomi merudum.  Malah, ramai yang kehilangan keluarga dan juga kehilangan nyawa. 

Apapun, kita tidak yakin anak-anak Cina yang menganga mendengar ucapan Anwar itu faham sangat apa yang Anwar katakan.  Mereka hanya berada di situ untuk menunjukkan ‘volume’ atau kekuatan untuk memberi tekanan kepada kerajaan. 

Dan kita juga tidak yakin mereka mempunyai jiwa yang kental seperti orang-orang Arab Iraq yang berani mati.   Anak-anak Cina ini telah terlalu dimanjakan oleh Malaysia, negara yang mereka kata bagai neraka. 

Satu sahaja masalah Anwar untuk merealisasikan impiannya untuk melihat Malaysia musnah di tangan Amerika iaitu beliau tidak ada apa-apa bukti untuk dibentangkan kepada Amerika bahawa SPR menipu.   Kerana itu juga, Presiden Obama tidak ada pilihan selain mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak. 

Setakat ini, Anwar sudah mengadakan sekurang-kurangnya 3 Himpunan besar membantah keputusan PRU-13.   Di setiap himpunan, beliau mengulang-ulang tuduhan bahawa SPR menipu. 

Tetapi, hairan sekali tiada seorang pun dari anak-anak Cina yang konon ‘cerdik’ yang hadir di himpunan tersebut mendesak Anwar mendedahkan bukti penipuan SPR.   Bukankah jika benar terdapat bukti penipuan yang jelas maka Anwar pasti telah lama menghebahkannya dan menayang-nayangkannya dalam setiap himpunan yang diadakan?   Tetapi ini tidak berlaku.  Anwar tidak mampu menunjukkan walau satu bukti, apatah lagi membuat laporan polis. 

Mungkin Anwar tidak percaya polis maka tidak apa jika tidak percaya polis, tetapi kenapa tidak didedahkan kepada hadirin?  Kenapa perlu dihantar secara sulit kepada Amerika?  Lebih dari itu, atas dasar apa pula Amerika akan menganalisis bukti tersebut?  Sejak bila kita berada di bawah pengawasan Amerika?   Di mahkamah mana SPR hendak didakwa?  

Jelas, Amerika juga tidak sanggup memperbodohkan diri untuk menyokong tindakan Anwar kali ini. 

Apa yang pasti, Anwar adalah pelaburan pihak Neo-con yang tidak menjadi.  Sejak berdekad lalu, entah berapa ratus juta dollar yang telah dihabiskan ke atas Anwar dalam misi mereka untuk menguasai rantau ini.  

Namun, melihat dari cara DAP memalingkan muka dari Anwar secara perlahan-lahan dan PAS juga sudah melangkah pergi, maka pihak Neo-con telah mengambil isyarat itu sebagai menandakan “Anwar sudah ‘selesai’” – misi ditangguhkan dan ditukar ke Pelan B.  Rasanya, Anwar juga sudah memahami isyarat ini. 

Justeru, apa yang Anwar sedang lakukan dengan mengadakan himpunan hanyalah untuk ‘menjaga air mukanya’.  Beliau berharap akan ditangkap dan dihumban ke penjara supaya beliau boleh terus melakonkan watak wira yang dianiaya.   Beliau tahu bahawa dalam sedikit masa lagi, anak-anak Cina yang menjadi penonton tetap lakonannya akan mula bosan. 

Bukan kita tidak tahu sikap semulajadi Cina itu hanya pentingkan untung.  Jika tiap-tiap minggu menonton Anwar berlakon, tentulah rugi.  Sedangkan, malam minggu boleh dihabiskan bersama rakan-rakan menonton wayang atau ke kelab kalaupun tidak mengulangkaji. 

Maka, Anwar sudah buntu.  Oleh itu, beliau kini nekad sekiranya beliau tidak berjaya menawan Putrajaya, biarlah siapa jua tidak dapat duduk di Putrajaya.  Biarlah Malaysia ini hancur dan padan muka semuanya. 

Inilah yang Anwar sedang cuba lakukan dan beliau hampir mengakuinya secara terang-terangan apabila terlepas cakap mengenai serangan Amerika ke atas Iraq.

[Continue reading...]

Kantoi Teresa Kok Dengan Pengundi Hantu !!?

- 0 comments


Kehangatan PRU13 belum lagi reda dan masih lagi diperkatakan di sana sini termasuklah di warung-warung tepi jalan. Tajuknya tetap sama, pusing-pusing akan balik juga kepada keputusan pilihan raya, sama ada yang puas hati, yang tak puas hati, pengundi hantu dan macam-macam lagi yang semuanya menjurus kepada

PRU13.Sebut tentang pengundi hantu yang sibuk dicanang oleh pembangkang mengatakan bahawa BN telah membawa masuk sejumlah orang asing untuk mengundi, rupa-rupanya tuduhan tersebut sekadar mengalih tumpuan rakyat agar mereka dapat melakukannya bagi memenangi keputusan pilihan raya.Dalam sibuk-sibuk menuduh kerajaan BN membawa pengundi hantu, timbul persoalan,

Teresa Kok merupakan calon yang mendapat undi tertinggi dalam PRU13 iaitu 61500 undi berbanding undi yang diperolehi oleh calon BN hanya 9948 undi. Majoritinya pula 51552 undi. Satu jumlah yang banyak. Dari mana Dap boleh mendapat undi yang sebegitu banyak?Data-data berikut akan melibatkan angka yang mungkin boleh membantu kita memikirkan semula kewujudan pengundi di Parlimen Teresa Kok.

Undi terhadap Teresa Kok meningkat 14270 pada PRU13 (61500 - 47230), manakala calon BN menurun 790 (10738 - 9948).Jika pengundi BN yang 790 orang itu beralih kepada Dap, maka jumlah yang sepatunya diperolehi ialah 48020 saja (47230 + 790), berbanding 61500. Musykil tu!!!Dilihat dari segi perbezaan peratusan pengundi pula ialah 7.9% (83.6 - 75.7). Jika 7.9% ini ditukar kepada angka kita akan dapat pertambahan pengundi sekitar 3731 (47230 x 7.9 / 100). Sekiranya kesemua 3731 pengundi ini memihak kepada Teresa, maka paling banyak beliau akan mendapat undi 50961 (47230 + 3731) bukannya 61500. Disitu ada lagi jurang perbezaan 10539 undi. Musykil lagi!!!Mengikut Jabatan Perangkaan, pertumbuhan semulajadi bagi penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi 2011 ialah hanya 20,000 orang, bukan di Seputeh saja tapi seluruh Kuala Lumpur. Itu termasuk semua peringkat umur.

Adakah semua 20,000 orang itu sudah layak mengundi dan hanya tertumpu di Seputeh saja? Tambah musykil!!!Adakah Teresa khasnya Dap menggunakan hantu China untuk cai undi bagi Dap? Jadi tak hairanlah kebanjiran pelacur China sebenarnya telah dirancang untuk menjadi alat memenangkan Dap.Adakah kekecohan yang diwujudkan di kawasan mengundi memberi peluang kepada petugas undi yang rata-ratanya memihak kepada pembangkang, memangkah kertas undi yang akhirnya memenangkan pembangkang?Akhirnya segala kemusykilan yang cuba diada-adakan oleh pembangkang, menjerat leher sendiri.

Mereka mencipta kemusykilan dan mereka jugalah memperalatkan kemusykilan itu.

Source : klik sini

[Continue reading...]

Anwar Nafsu Menguasai Akal

- 0 comments

Anwar Si Munafik Sukar Terima Ketentuan Illahi

Sudah dua minggu PRU-13 berlalu dan dalam tempoh ini semua Kerajaan Negeri sudah selesai upacara angkat sumpah MB dan KM masing-masing, namun sepanjang dua minggu ini jugalah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih meroyan sakan menghasut rakyat supaya menolak keputusan PRU-13.

Dalam jelajah propagandanya yang terbaru di Johor, Anwar turut menggunakan alasan undi popular 51% gabungan tidak berdaftar itu sebagai asas utama dalam penegasannya untuk tidak bersara dari dunia politik.

Kenyataan itu adalah reaksi Anwar bagi menjawab desakan pelbagai pihak mengenai janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya gagal dalam PRU-13. Gempak yang dilakukan dulu kini memakan diri, mahu tak mahu kenalah ada alasan untuk mengalih perhatian khalayak.

Hakikatnya Anwar lupa untuk menjelaskan soal undi popular untuknya tidak wujud pun kerana PKR yang diketuainya hanya memperolehi 20% sahaja berbanding BN yang mendapat 49% daripada keseluruhan undi popular.

Anwar juga tidak menyatakan hakikatnya sebahagian besar undi popular PR datangnya dari 5 buah negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Perak dan Kelantan, sedangkan BN pula menguasai majoriti undi popular di 9 negeri yang lain.

Satu persatu negeri dijelajahnya semata-mata untuk menyebarkan propagandanya memburukkan SPR sambil menuduh BN melakukan penipuan, tapi di ketika yang sama boleh pula Anwar berbangga dengan undi popular yang diperolehi gabungan rapuh parti pembangkang yang dikenali sebagai PR.

Kini Ketua Umum PKR itu sedang dalam keadaan tersepit, bukan sahaja kerana gagal menunaikan janji tapi juga kerana sukar menerima ketentuan Illahi yang menetapkan BN kekal mendapat sokongan dan terus berjaya memerintah negara ini.

[Continue reading...]

Thursday, May 16, 2013

Cina gila kuasa?? Pas gila apa??

- 0 comments


Kaum Cina di Malaysia tentulah kaum yang paling ‘sensitif’ sekali.  Kerana itu, apabila Utusan Malaysia hanya bertanya, ‘Apa lagi yang Cina mahu?’, maka dengan pantas akhbar tersebut dituduh rasis.   Sama juga jika ada sesiapa yang mengingatkan mereka tentang tanah asal mereka, maka dengan pantas juga orang itu akan dicop rasis.  

Sudah menjadi tabiat kaum Cina negara ini untuk membuat bising, menjerit-jerit memberi tekanan kepada kerajaan, menghentam pihak yang terlibat sambil meroyan sekiranya ‘sensitiviti’ mereka disentuh.   Jika seseorang itu tidak pernah datang ke Malaysia, mungkin mereka akan menggambarkan orang Melayu seperti ‘Aryan Brotherhood’ atau ‘Ku Klux Klan’ di Amerika yang berpegang kepada ketuanan kulit putih serta bertindak kejam ke atas kulit hitam, jika dilihat dari meroyan kaum Cina itu.  

Walhal, hakikatnya asal-usul dan sejarah Melayu tidak pernah menyaksikan kaum ini berlaku kejam melainkan ‘amok’ iaitu satu tindakan yang terasing oleh individu. 

Tetapi sejarah Cina itulah yang penuh dengan kekejaman, sejak dari pemerintahan DiRaja yang kejam dan kemudiannya komunis yang tidak berhati perut.  Sikap yang telah berakar-umbi itu dibawa oleh kaum Cina di mana saja mereka pergi dan hari ini mereka menzahirkannya melalui aktiviti-aktiviti samseng dan kongsi gelap. 

Kaum Cina di Malaysia paling pantang jika kita mencuit sekolah-sekolah vernakular kerana kata mereka itu adalah hak mereka yang ditetapkan oleh perlembagaan.  Tetapi di masa yang sama mereka begitu bebas dan biadap mempersoal hak Melayu, malah mempertikai azan dan juga huruf jawi di papantanda kerana berunsur Melayu-Islam. 

Tidak cukup dengan tiu, mereka turut mempertikai sejarah dan ingin menukarnya agar pengganas komunis dan dalang 13 Mei diangkat sebagai wira.

Pendek kata, mereka mencemuh dan menafikan serta menolak segala-galanya yang menjadikan Malaysia ini, Malaysia.  Pun begitu, tiada siapa boleh mempersoal kesetiaan mereka kepada negara walaupun pada dasarnya mereka tidak mencintai apa-apapun tentang negara ini.  

Dan hari ini, hanya kerana bertanya, ‘apa lagi yang kamu mahu’, mereka melenting menyalak-nyalak konon berlaku tidak adil kepada mereka. 

Hakikatnya, kaum Cina sedia maklum bahawa mereka sudah ada segala-galanya di Malaysia ini yang mana tidak mungkin dinikmati oleh minoriti di negara lain.  Satu perkara lagi sahaja yang belum cukup bagi mereka iaitu ‘kuasa politik’.   Kerana itulah mereka memberi undi kepada DAP, iaitu hanya setelah berjaya mengaut keuntungan dan kemewahan dari dasar dan kebijaksanaan Barisan Nasional memerintah selama ini.  

Dalam kata lain, hanya setelah mereka yakin bahawa mereka tidak lagi memerlukan BN, maka kaum Cina pun beralih kepada DAP untuk satu kuasa mutlak.  Untuk itu, mereka sanggup turun ke jalanan untuk meruntuhkan kesemuanya yang telah dibangunkan serta mengambil risiko kejatuhan ekonomi kerana percaya, ada bantuan luar yang bakal membantu mereka mempercepatkan pemulihan. 

Yang menyedihkan kita ialah kaum Melayu dari PAS turut menyalak untuk meruntuhkan kerajaan walaupun tindakan itu hanya merugikan mereka.   Mereka turut menyeringai terhadap Utusan Malaysia UMNO kerana ‘bersikap rasis’ melalui pertanyaan, “Apa lagi Cina mahu?”   Melayu PAS ini benar-benar percaya bahawa Cina hanya mahukan ketelusan dan kecekapan kerajaan.

[Continue reading...]

5 Perkara Rakyat Malaysia Mahu Yang Kit Siang Wajib Tahu

- 0 comments

5 Perkara Rakyat Malaysia Mahu Yang Kit Siang Wajib Tahu

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya kepada tulisan bertajuk "Apa Lagi Kit Siang Mahu" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, telah menyenaraikan 5 perkara yang dikehendakinya dan akan terus menuntutnya selagi tidak direalisasikan.

Lima perkara tuntutan yang dimaksudkan oleh Kit Siang ialah;-

1) Tuntutan supaya pilihan raya yang adil
2) Malaysia mesti benar-benar mengamalkan demokrasi
3) Penghormatan kepada keluhuran perlembagaan terutama dalam konteks perundangan dan hukuman
4) Pendidikan yang setaraf dengan luar negara
5) Keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik.

Seimbas lalu kelima-lima tuntutan itu menggambarkan seolah-olah Kerajaan BN yang memerintah berdiri tegak melalui ketidak adilan pilihan raya serta tidak mengamalkan demokrasi sebagaimana sepatutnya.

Adakah perkara itu betul atau sebenarnya sekadar propaganda politik pemimpin veteran DAP itu sahaja? Untuk mencari kebenaran, pandanglah dengan mata burung jarang melihat dunia seperti katak di bawah tempurung.

Kerajaan BN yang memerintah di peringkat Pusat dan negeri-negeri yang dikuasainya sejak dulu hingga kini mendapat mandat hasil dari pilihan raya kelolaan SPR, yang mana badan rasmi pengendali pilihan raya ini jugalah yang mengiktiraf kemenangan PAS di Kelantan, DAP di Pulau Pinang dan mengesahkan Selangor kekal di bawah pentadbiran DAP, PKR dan PAS.

Persoalan Pertama;-
Jika benar pilihan raya dilaksanakan tanpa keadilan dan tiada ketelusan serta amalan demokrasi gagal direalisasikan, apa gunanya pakatan pembangkang bermati-matian menyertai proses tersebut sambil sibuk mencanang peningkatan prestasi mereka semasa PRU 12 2008 dan yang terbaru dalam PRU 13 baru-baru ini?

Kerana wujudnya demokrasilah maka penduduk Pulau Pinang kekal dengan pilihan bersama DAP yang mana kini negeri itu diperintah oleh anak Kit Siang yakni Lim Guan Eng yang merupakan juga Setiausaha Agung DAP. Atau, adakah Kit Siang mahu menganggap kejayaan DAP di Pulau Pinang terhasil dari bentuk penipuan pilihan raya dan terkeluar dari lunas demokrasi?

Persoalan Kedua;-
Layakkah Kit Siang mahu membicarakan soal tuntutan pilihan raya yang adil, sedangkan dalam pemilihan CEC DAP Pusat sendiri wujud kecelaruan yang melucukan apabila berlaku silap mata dan perubahan kedudukan pemenang. Di mana keadilannya bila mana proses pemilihan parti sendiri pun dikuasai sifat rasis yang menebal dan bila dikritik terus saja keputusan berubah-ubah.

Demikian juga dalam hal menghormati keluhuran perlembagaan, tidak timbul soal memilih bulu atau membezakan hukuman. Bukankah sudah terbukti setiap proses perundangan dan hukuman dilaksanakan seadil-adilnya tanpa mengambil kira seseorang itu pemimpin BN atau tidak.

Sebaliknya yang sering mencabar perlembagaan biasanya sinonim dengan pemimpin pembangkang termasuklah ada yang cuba mengganggu gugat hak keistimewaan Melayu Islam serta agama Islam termasuklah dalam isu kesucian kalimah Allah S.W.T.

Persoalan Ketiga;-
Bila lagi Kit Siang mendokrin semula DAP supaya menerima hakikat negara ini ada perlembagaan yang menetapkan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam, yang sepatutnya tidak dicabar termasuklah dalam isu kalimah Allah S.W.T? Kenapa Lim Guan Eng beriya menuntut penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible sedangkan termaktub sudah ia hanya untuk orang Islam sahaja?

Dalam hal pendidikan pula, sedari dulu lagi Kerajaan Pusat pimpinan BN serius melaksanakan pelbagai dasar yang menepati kehendak semasa termasuk memperkenalkan PPSMI, tapi disebabkan tekanan politik oleh PR maka ia akhirnya terpaksa dibatalkan.

Begitu juga bila membicarakan perihal keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik, bukankah selama ini BN telah terbukti berjaya mengekalkan kemanan dan kedaulatan negara sehingga membantu perkembangan ekonomi masyarakat termasuklah memberi impak positif kepada perniagaan golongan kiasu Cina DAP?

Cuma akhir-akhir ini keamanan negara tergugat disebabkan wujudnya provokasi melampau dan kempen aggresif oleh rakan sepakatan DAP dari PKR, siapa lagi kalau bukan si Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang begitu disayangi oleh Kit Siang. Cuba kalau Kit Siang sanggup tampil menasihatkan Anwar supaya berhenti melalak mempertikaikan itu ini, bukankah itu lebih bermakna untuk kesejahteraan hidup rakyat?

Persoalan Keempat;-
Perihal persaingan politik sihat sepatutnya bukan isu bagi BN kerana kepimpinan dalam BN bersilih ganti, sebaliknya Kit Siang patut bertanya diri sendiri bila lagi nak tukar polisi DAP supaya lebih mesra rakyat dan tidak lagi terkongkong dengan budaya Dinasti Lim?

Persoalan Kelima;-
Akhir sekali, pernahkah Kit Siang cermin diri sendiri bila bercakap soal persaingan sihat dalam politik, tak terbayangkah sedari dulu lagi pantang ada cabaran dari pimpinan DAP terhadap Kit Siang dan kroni nepotismenya, pasti riwayat politik musuhnya padam atau tersingkir dari arena kepimpinan DAP. Beranikah Kit Siang menafikannya?

[Continue reading...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . KeyBodRosak - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger