Popular Posts

Wednesday, July 10, 2013

Tengku Zaihan Pilihan Tepat Kata Pendiduk.


                                                    

KUALA BESUT – Rata-rata pengundi di kawasan Dun Kuala Besut melahirkan rasa gembira terhadap calon BN yang diumumkan Timbalan Pengerusi BN Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Kuala Besut, semalam.

Penduduk Kampung Alor Jejawi, Abdul Hamid Abd Rahman, 48, berkata, parti membuat pemilihan tepat apabila menampilkan orang muda iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon.

Menurutnya, walaupun tidak begitu mengenali calon secara dekat tetapi dia mengenali bapa Tengku Zaihan, Che Ku Abd Rahman Che Ku Abdullah sebagai orang berpengaruh di Kuala Besut.

“Bapa beliau adalah guru agama dan aktivis veteran Umno yang disegani ramai di kawasan Kuala Besut selain mempunyai ramai saudara mara,” katanya.

“Tengku Zaihan mempunyai peluang cerah untuk menang kerana dia mempunyai kelulusan dan semangat untuk membantu orang tempatan sangat kuat,” katanya.

Sementara itu, warga emas, Mohd Noor Mat Jusoh, 62, berkata, dia gembira kerana pucuk pimpinan parti membuat pilihan bijak dengan menampil orang muda sebagai calon.

Menurutnya, Tengku Zaihan orang muda mempunyai kelulusan serta mempunyai semangat bekerja untuk membantu masyarakat di Besut semasa beliau bertugas di Besut.
“Saya memberi bantuan sepenuhnya kepada beliau bagi memastikan BN menang dengan cemerlang di Dun Kuala Besut,” katanya dari Kampung Tok Saboh, di sini.

Dalam pada itu, Mohd Azhar Yunus, 29, dari Kampung Gertak Seratus pula berharap agar Tengku Zaihan lebih rapat dan tidak mengabaikan golongan muda.

“Sekiranya menang pilihanraya kelak, beliau perlu menyelami golongan muda dan mengambil berat keperluan golongan ini,” katanya.

Source : http://www.kualabesut.net/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . KeyBodRosak - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger