Popular Posts

Saturday, June 8, 2013

DIY : LIGHT BOX UNTUK MAKRO FOTOGRAFi

Credit to : www.rekacipta.net

Rekaan Peti / Kotak Cahaya DIY mudah alih untuk kegunaan fotografi makro dan fotografi produk (product photography). Peti cahaya (atau turut dikenali sebagai Light Box) merupakan sebuah peti yang memberikan pencahayaan cerah dan seimbang dari beberapa arah.

Pencahayaan sebegini meminimumkan kesan bayang dan membolehkan foto yang tajam serta jelas diambil tanpa menggunakan kelengkapan yang mahal. Oleh kerana kesemua komponen peti cahaya in dimuatkan di dalam sebuah kotak (self contained), ia mudah untuk dipindahkan dan tidak memerlukan sebarang set-up untuk digunakan. Hanya perlu pasangkan plug pada soket elektrik dinding dan ON.

Rekaan ringkas ini sesuai untuk mereka yang meminati bidang fotografi tetapi tidak mampu berbelanja besar, atau mereka yang tidak meminati bidang fotografi (seperti saya), tetapi masih inginkan cara yang murah dan mudah untuk mengambil foto makro dan foto produk dengan kualiti yang baik.


Rekacipta.net - peti cahaya light box 04
Objek yang ingin diambil fotonya diletak di tengah peti cahaya. Peti cahaya ini dilapisi dengan kertas latar berwarna putih. Warna kertas latar ini boleh ditukar kepada apa sahaja warna yang diingini.


Peti Cahaya (Light Box) - Contoh Foto
Contoh foto yang diambil menggunakan peti cahaya ini (tanpa flash). Kamera yang digunakan adalah dari jenis Lumix point-and-shoot 8.1 megapixel model tahun 2007. Tiada bajet untuk kamera DSLR.


Peti Cahaya (Light Box) - Contoh Foto 02
Satu lagi contoh foto diambil menggunakan peti cahaya ini, sebuah external hard drive.


Komponen Peti Cahaya

Komponen dan bahan bagi menghasilkan peti cahaya ini boleh diperolehi daripada sumber terbuang dan boleh dibeli dengan mudah daripada kedai-kedai hardware / elektrik.


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox 03
Bahan terpenting bagi rekaan peti cahaya semestinya sebuah kotak. Terpulang kepada anda untuk memilih saiz yang bersesuaian, namun adalah dicadangkan agar kotak bersaiz besar digunakan (seperti kotak PC).


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox 01
3 set lampu kalimantang berbentuk bulatan (circline fluorescent light), 3 set ballast (juga dikenali sebagai choke), 3 set pemula (starter), 1 kepala plug 3-pin SSO dan satu wayar elektrik sepanjang 3 meter (atau lebih). Pada lampu di atas terdapat sebuah penyambung (connector) dengan wayar putih dimana starter dipasang, 3 setconnector ini juga perlu dibeli secara berasingan.


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox 02   Lampu diuji terlebih dahulu bagi memastikan ianya berfungsi sebelum pemasangan selanjutnya dibuat.



Pemasangan dan Penyambungan
 Rekacipta.net - Litar Peti Cahaya
Rajah skematik penyambungan litar bagi peti cahaya ini. 3 lampu disambungkan secara selari.


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox 05
Wayar dipasang melalui lubang kecil yang ditebuk pada kotak. Wayar berwarna coklat (wayar live) dicabangkan kepada 3 untuk disambung kepada 3 unit ballast/choke. Wayar biru (wayar neutral) juga perlu dicabang tiga dan disambung kepada 3 unit lampu (sila rujuk rajah skematik).


Penyambungan wayar kepada choke / ballast
Penyambungan wayar live kepada ballast / choke.



Zip tie / Cable Tie
Lubang ditebuk pada kotak bagi melalukan zip tie (juga dikenali sebagai cable tie). Kegunaan zip tie ini adalah bagi mengikat kedudukan lampu.


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox 08
Lampu diikat pada kedudukan. Connector dan starter dipasang pada lampu.


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox 11
Pada kedudukan terbalik, ulangi langkah untuk dengan mengikat ketiga-tiga lampu pada kedudukan sisi dan bumbung kotak. Pendawaian / penyambungan wayar dibuat mengikut rajah litar yang diberikan sebelum ini. Setiap satu choke / ballast juga diikat pada kedudukan menggunakan zip / cable tie agar tidak bergerak / jatuh.


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox 10
Selesai kerja pemasangan dan pendawaian, kerja-kerja kemasan wayar boleh dibuat dengan pita pelekat.


Rekacipta.net - Peti Cahaya Lightbox - Latar Putih
Skrin latar dipotong daripada kertas kajang berwarna putih dan ditampal menggunakan pita pelekat.


Rekacipta.net - peti cahaya light box yang telah siap
Peti cahaya yang telah siap.


Rekacipta.net - peti cahaya light box 01
Selesai digunakan, peti cahaya boleh dibungkus untuk untuk dialihkan atau umtuk penyimpanan.


Source : http://www.rekacipta.net/2012/08/rekaan-peti-cahaya-light-box-diy-untuk.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . KeyBodRosak - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger