Popular Posts

Sunday, June 16, 2013

Tahniah Cikgu Zubir Diatas Perlantikan Speaker Dun Terengganu

                           
                                     

Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Mohd. Zubir Embong dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu yang baru.

Pengisytiharan pelantikan beliau diumumkan oleh Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu, Azhar Jusoh pada hari pertama Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Azhar mengumumkan perkara itu berdasarkan watikah pelantikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mohd. Zubir yang merupakan bekas Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kemudian mengangkat sumpah jawatan tersebut pada sidang hari pertama yang dihadiri kesemua 32 Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Selepas itu disusuli pula upacara mengangkat sumpah oleh kesemua ADUN yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Ia diikuti 16 wakil rakyat BN sebelum kesemua 15 ADUN daripada parti pembangkang turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Ia merupakan persidangan pertama Sidang DUN Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 bulan lalu yang menyaksikan BN mempertahankan pemerintahannya dengan memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN dan empat daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

P/s. : Teruskan perjuangan cikgu demi memartabatkan pendidikan di negeri Terengganu.
Source : melayu blues

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . KeyBodRosak - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger